• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Masakan Melayu Cape Terbaik Di Dunia

oleh
20/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAPE TOWN – Sebuah restoran kecil yang terletak di perkampungan nelayan Afrika Selatan dinobatkan sebagai restoran terbaik di dunia kelmarin.

Pada setiap hari, cef Kobus van der Merwe (gambar) yang mula memasak secara serius ketika ber­usia 30 tahun akan mencari ramuan asli berdekatan restorannya, Wolfgat. Beliau juga membuat roti dan menteganya sendiri.

Restoran van der Merwe itu terletak di tepi sebuah pantai menghadap Lautan Atlantik di Cape Barat dan dibuka dua tahun lalu. Beliau menjadikan sebuah kotej berusia 130 tahun sebagai premisnya dan dikendalikan oleh enam pekerja, kebanyakannya wanita.

Set menu ­mengandungi tujuh hidangan di restoran itu berharga sekitar AS$60 (RM245), jauh lebih murah berbanding harga di restoran terkemuka Paris.

Bagaimanapun, persekitaran yang sederhana dan konsep masakan kembali kepada asal yang diamalkan oleh van der Merwe, 38, berjaya menambat hati panel hakim Anugerah Restoran Sedunia di ibu kota Perancis, Paris.

“Saya tidak sabar untuk meraikan kejayaan ini bersama kakitangan saya,” katanya kelmarin.

Antara hidangan istimewa di restoran Wolfgat termasuk rumpai laut, ikan layang-layang bersama sambal bokkom dan masala bawang putih, kupang serta kerangan lain serta ­sayuran laut.

Van der Merwe mencipta resipi uniknya berdasarkan masakan masyarakat Melayu Cape Town di Afrika Selatan. – Agensi

Tags: cape townmasakan melayurestoran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Darjah Kebesaran Pembakar Semangat Nur Dhabitah

Next Post

Jalan Kaki Lebih 11,250km Untuk Kutip Sampah

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

31/01/2023
0

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian...

Next Post

Jalan Kaki Lebih 11,250km Untuk Kutip Sampah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd