• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Dirogol Bergilir-Gilir Oleh 5 Kenalan WeChat

oleh
01/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP hari kita pasti akan dengar berita tentang kejadian rogol. Perbuatan kejam ini diibaratkan seperti ‘benda dah biasa’ berlaku di kalangan masyarakat Malaysia.

Boleh dikatakan kegiatan rogol ini ada juga yang berkaitan dengan aplikasi WeChat. Sudah banyak kes rogol yang terjadi kepada remaja akibat baru berkenalan di WeChat.

Itulah yang telah terjadi kepada seorang remaja dekat Manggatal, Kota Kinabalu, baru-baru ini apabila dia telah dirogol oleh kenalan WeChat-nya.

Pihak polis telah berjaya memberkas seramai lima orang remaja lelaki berusia lingkungan 13 hingga 18 tahun kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Kejadian itu berlaku pada jam 3 petang, iaitu selepas mangsa mengikuti lima orang lelaki yang baru dikenalinya melalui aplikasi WeChat tiga minggu yang lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata siasatan awal telah dilakukan berikutan laporan yang diterima daripada mangsa sendiri.

“Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Menggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Menggatal.”

“Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan usang dengan berjalan dan ketika dalam perjalanan mangsa cuba melarikan diri, namun suspek menghalangnya dan berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah,” katanya semalam dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

Menurut laporan, mereka dikatakan telah bertemu di sebuah taman dekat Menggatal sebelum suspek mengajak mangsa untuk ke sebuah bangunan usang berhampiran situ.

Pada mulanya mangsa dipaksa untuk mengikut mereka dengan berjalan kaki. Oleh sebab itulah mangsa telah cuba untuk melarikan diri. Tapi sebabkan telah dihalang oleh suspek dan diberikan ayat manis yang berjanji akan menghantar mangsa pulang kerumah, dia ikutkan saja kemahuan suspek-suspek tersebut.

Setelah tiba di bangunan usang itu, mangsa telah dipaksa baring di lantai dan mereka berbual kosong.

‘Lauk’ sudah dekat depan mata, kelima-lima manusia bertopengkan syaitan itu telah bergilir-gilir merogol mangsa setelah habis ‘membuang masa’ dengan berbual pada mulanya.

“Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelima-lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis.

“Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga 3 Ogos depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. ,” kata Chandra lagi.

Oleh itu, para ibu bapa dinasihati agar sentiasa mengawal pergerakan anak-anak dan sentiasa peka tentang aktiviti harian mereka agar perkara seperti ini tidak berlaku. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: kenal di wechatrogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raja Perlis Seru Pemimpin Ketepi Sikap Penting Diri

Next Post

Tempoh Operasi PI1M Disaran Dilanjut Hingga Malam

Related Posts

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Next Post

Tempoh Operasi PI1M Disaran Dilanjut Hingga Malam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd