• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Perlis Seru Pemimpin Ketepi Sikap Penting Diri

oleh Ahmad Albab
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru pihak kepimpinan negeri agar mengenepikan kepentingan diri serta tidak berfikiran sempit demi pembangunan dan perpaduan rakyat.

Baginda bertitah para pemimpin di Perlis perlu bekerjasama dalam mengelak berlaku sebarang perpecahan selain berusaha memantapkan agenda perpaduan serta mengutamakan kepentingan rakyat.

“Beta menyeru agar kestabilan politik ketika ini tidak digugat bagi membolehkan agenda jangka panjang pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar. Kerajaan yang lemah akan menjadi tidak stabil dan tidak berfungsi dengan berkesan serta merugikan negeri dan rakyat.

“Jadikanlah konflik politik yang terjadi di banyak negara Islam lain sebagai pedoman dan pengajaran. Kita tidak mahu negeri yang telah kita bangunkan bersama ini hancur kerana perbalahan sesama sendiri,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Undangan Negeri Ke-13.

Baginda turut bertitah agar semua pihak tidak sesekali membuka ruang kepada penglibatan dan campur tangan kuasa luar yang pasti akan membawa lebih banyak keburukan dan kemusnahan terhadap negeri dan negara amnya.

“Jangan kita menggadaikan kedaulatan negara kita yang merdeka ini semata-mata untuk memuaskan nafsu dan kepentingan peribadi. Beta tidak mahu situasi ‘kalah jadi abu, menang jadi arang’ terjadi ada negeri dan negara kita.

“Beta bersyukur kerana negeri kita aman dan semakin makmur di mana hakikat ini tidak datang dengan sendiri. Ia adalah hasil hubungan baik, keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negeri ini,” titah baginda.

Baginda turut menyeru supaya sikap toleransi dalam kalangan masyarakat pelbagai agama diteruskan di samping memantapkan fikrah sunnah-wal-jamaah dalam kalangan masyarakat Islam agar kekal berada pada landasan Islam yang sebenar.

Baginda bertitah dunia telah menyaksikan bagaimana masyarakat Islam dan bukan Islam berkonflik serta berpecah kerana perbezaan fahaman dan ideologi agama yang seterusnya menimbulkan persengketaan sesama masyarakat Islam sendiri.

“Ditambah pula dengan kemajuan era Internet yang mempunyai kesan buruk kepada masyarakat kerana wujud pelbagai masalah sosial, jenayah dan penyebaran maklumat palsu, justeru pembangunan dakwah perlu seiring dengan kemajuan era digital,” titah baginda.

“Rakyat perlu mendalami, menghayati dan mengamalkan Islam yang berteraskan dalil yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah selain tidak mudah terpengaruh dengan informasi di media sosial serta menyalahgunakan saluran berkenaan.

“Beta dukacita kerana ada dalam kalangan rakyat menyalahgunakan media sosial seperti menyebarkan pembohongan dan fitnah. Sekiranya tidak dibendung, ia akan membawa kemusnahan dan menghancurkan perpaduan rakyat seterusnya mengancam ketenteraman awam,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: pemimpinRaja Perlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AS Kenakan Sekatan Terhadap Presiden Venezuela

Next Post

Remaja Dirogol Bergilir-Gilir Oleh 5 Kenalan WeChat

Related Posts

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

Peniaga Ketam Didakwa Hina Raja Perlis

16/04/2024
0

KANGAR: Seorang peniaga ketam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap...

Next Post

Remaja Dirogol Bergilir-Gilir Oleh 5 Kenalan WeChat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd