• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Yang Hilang Kerja Ketika PKP – PERKESO

oleh
19/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PERKESO merekodkan peningkatan permohonan bagi program latihan daripada kalangan kakitangan yang kehilangan pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, Datuk Mohd Sahar Darusman, berkata lebih 300 permohonan bagi latihan daripada kakitangan yang kehilangan pekerjaan, termasuk 197 sedang menjalani program latihan secara dalam talian diterima PERKESO melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Dalam tempoh itu, katanya, sebanyak 250 kursus dalam talian ditawarkan PERKESO dengan 75 daripadanya adalah kursus latihan yang turut mengadakan penempatan pekerjaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

PERKESO menerima 27,800 permohonan untuk faedah SIP, sejak 1 Januari lalu hingga semalam.

“Kerajaan, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan pada 27 Februari lalu, menaikkan kadar Program Latihan di bawah SIP daripada RM4,000 kepada RM6,000, manakala Elaun Latihan daripada RM10 ke RM30.

“Enam jenis faedah ditawarkan iaitu Elaun Mencari Pekerjaan, Elaun Bekerja Semula Awal, Elaun Pendapatan Berkurangan, Yuran Latihan, Elaun Latihan dan Program Penempatan Pencarian Pekerjaan, di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017,” kata agensi itu dalam kenyataan, hari ini.

SIP PERKESO menawarkan 40,000 program berasaskan keperluan industri, khas bagi kakitangan hilang pekerjaan dengan kursus itu ditawarkan melalui penyediaan latihan daripada sektor awam dan swasta dilantik agensi berkenaan.

PERKESO mengambil langkah proaktif dengan membolehkan pekerja hilang pekerjaan menduduki latihan secara dalam talian dari kediaman mereka selepas kebanyakan premis penyedia latihan tidak beroperasi dan ditukar kepada pusat kuarantin sepanjang PKP.

PERKESO menghayati normal baharu ini dalam melaksanakan Dasar Pasaran Buruh Aktif, di mana PERKESO adalah agensi pertama di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksanakan program latihan dan temuduga terbuka secara maya.

Pekerja hilang pekerjaan dan berdaftar dengan PERKESO dinasihatkan membuat permohonan bantuan kewangan SIP dan juga mendapatkan latihan dan penempatan pekerjaan melalui laman sesawang PERKESO www.perkeso.gov.my.

Penyedia latihan yang berminat untuk bekerjasama dengan PERKESO boleh berdaftar sebagai penyedia latihan melalui Portal Latihan SIP PERKESO di laman sesawang www.eisperkeso.gov.my/eisportal/trainingProvider/login.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Unit Latihan di 0380915167 / 0380915164 / 0380915162 / 0380915150 / 0381905146 atau emel kepada latihanvokasional@perkeso.gov.my.

Tags: hilang pekerjaanperintah kawalan pergerakanPerkeso
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Kunjung-Mengunjung, Ziarah Kubur Tahun Ini!

Next Post

Mengharap Keampunan Ilahi

Related Posts

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

Isham Jalil Akan Terima Surat Pemecatan Dalam Tempoh Terdekat

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberi jaminan perkhidmatan disediakan agensi itu tidak akan terencat, biarpun berdepan serangan siber daripada...

Next Post

Mengharap Keampunan Ilahi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd