• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Salman Jemput Imran, Tapi Tun M…

oleh
01/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKRAB… Penjaga Dua Masjid Tanah Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menjemput Perdana Menteri Pakistan yang baharu, Imran Ahmed Khan Niazi melawat Arab Saudi dalam masa terdekat.

Pelawaan khas itu merupakan yang kedua diutuskan terus kepada pemimpin negara asing selepas Sultan Hassanal Bolkiah di Brunei pada bulan lalu sekali gus membuktikan hubungan erat dua negara terbabit dengan Arab Saudi.

Imran, 65, merupakan Pengerusi Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), parti politik tempatan tunggal menang Pilihan Raya Umum (PRU) pada 25 Julai lalu dengan berjaya menguasai 149 daripada 270 kerusi yang dipertandingkan.

Bekas kapten kriket kebangsaan itu angkat sumpah sebagai ketua kerajaan ke-22 negara Islam tersebut di hadapan Presiden Mamnoon Hussain bagi menggantikan pemimpin Liga Muslim Pakistan Nawaz, Shahid Khaqan Abbasi.

Media antarabangsa melaporkan, jemputan istimewa Raja Arab Saudi itu sebenarnya dihantar pada 13 Ogos lalu, iaitu lima hari sebelum Imran mula dilantik secara rasmi menjadi perdana menteri di istana presiden di Islamabad.

Ironi, ketika media Pakistan teruja dengan berita itu, lain pula hal di Malaysia apabila sehingga kini selepas lebih 100 hari Pakatan Harapan (PH) menang PRU lalu, tiada pula jemputan untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Ini cetus persoalan cepumas dalam kalangan netizen dari seluruh dunia kerana imej perdana menteri dengan usia tertua di dunia itu, bukan calang-calang setelah berjaya tewaskan Barisan Nasional (BN) yang berkuasa 61 tahun.

Baca: Saudi Hantar ‘Isyarat’ Mula Jauhi Malaysia?

Juga: Jet Raja Salman Bawa Najib Ke Saudi Disekat

Hubungan Malaysia-Arab Saudi amat akrab ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. – Gambar hiasan

Sementelahan pula, Mahathir, 93, menjadi ketua kerajaan Malaysia itu buat kali kedua selepas pernah mentadbir sebagai perdana menteri yang keempat selama 22 tahun secara keras sehingga digeruni pembangkang dan rakyat.

Ada laporan menyatakan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak begitu ‘gembira’ dengan kemenangan PH yang turut dibantu Amerika Syarikat (AS) dan ada parti komponen blok politik itu dapat dana Israel berjumlah RM1.2 bilion.

Tambahan pula, pemimpin PH sebelum menang PRU didakwa sering lempar tohmah biadab dengan eksploitasi isu derma RM2.6 bilion daripada kerabat diraja Arab Saudi dan berjaya ‘tumbang’ BN hasil permainan fitnah jahat.

Lebih teruk, kerajaan PH bertindak kurang ajar tutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang ditanggung sendiri baginda selain tarik keluar askar Malaysia yang bertugas kawal keselamatan Kaabah di Makkah.

Justeru, pelawaan Raja Salman secara peribadi kepada Imran dan Sultan Hassanal Bolkiah untuk lawat Arab Saudi seumpama ‘isyarat’ Riyadh kepada Putrajaya mengenai tahap hubungan diplomatik kurang mesra dua negara itu.

Bayangkanlah, Raja Salman hanya utus kawat tahniah kepada Mahathir selepas empat hari Pengerusi PH itu angkat sumpah sebagai perdana menteri; layanan jauh berbeza daripada diterima Imran sendiri! – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Arab SaudiImran KhanRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd