• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja-Raja Melayu Mula Tiba Di Istana Negara

oleh
25/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara di sini, dijangka bagi menghadiri mesyuarat khas hari ini.

Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 1.30 tengah hari dipercayai membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah tiba di Istana Negara, dari Kuantan, Pahang pada jam 12.30 tengah hari.

Mesyuarat yang dipercayai bagi membincangkan mengenai beberapa cadangan termasuk kemungkinan ‘darurat kesihatan’ untuk menangani peningkatan penularan Covid-19, dijangka bermula pada 2.30 petang.

Menerusi kenyataan Istana Negara semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara untuk berbincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Muhyiddin di Istana Abdul Aziz, Kuantan selama satu jam setengah, kelmarin, dan dipersembahkan taklimat cadangan yang dicapai oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan ampun perkenan Baginda.

Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19, malah Baginda turut prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini. – myMetro Online

Tags: Istana NegaraRaja-Raja Melayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekalkan Usaha Bersama Perangi COVID-19

Next Post

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu Bermula

Related Posts

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

10/05/2025
0

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara Siri 1/25 berlangsung dengan penuh tradisi ketenteraan hari ini, melibatkan empat pegawai dan 79 anggota...

Presiden Indonesia Prabowo Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

Presiden Indonesia Prabowo Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

27/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Presiden Indonesia, Prabowo Subianto diberikan sambutan negara penuh istiadat di Istana Negara hari ini bersempena lawatan negara...

Next Post

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu Bermula

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd