Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Kami Tidak Perlu Minta...

NAIB Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu memohon maaf atas kebakaran...

Asing Gelas Tak Ikut...

KUALA NERANG - Tindakan pentadbir sebuah sekolah rendah yang mengasingkan gelas minuman untuk...

Hashtag #BeStrongPM Trending Di...

LAMAN mikro Twitter semalam trending dengan hashtag #BeStrongPM demi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri,...

Agenda Kristianisasi Dedah Sikap...

WALAUPUN sering menunjukkan wajah mesra dengan orang Islam termasuk hadiri majlis di masjid,...

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu Bermula

KUALA LUMPUR – Semua Sultan bersama Raja Perlis dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tiba di Istana Negara bagi menghadiri mesyuarat khas Raja-Raja Melayu untuk membincang dan memperincikan syor dikemukakan kerajaan berhubung isu-isu semasa.

Baginda semua menyusul selepas ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada jam 1.30 tengah hari. Mesyuarat khas Raja-Raja Melayu dijadual bermula jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mesyuarat khas berkenaan turut disertai Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba pada jam 2.15 petang, diikuti Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah beberapa minit kemudian dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 2.22 petang.

Ia disusuli Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada jam 2.24 petang, diikuti Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail kira-kira empat minit kemudian dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 2.30 petang.

Semalam, Istana Negara dalam satu kenyataan, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan kepada baginda hasil Mesyuarat Khas Kabinet pada Jumaat lalu.


Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan butiran cadangan dibentangkan oleh Perdana Menteri kepada Seri Paduka.

Namun, spekulasi yang tercetus mengandaikan ia antara lain adalah syor kerajaan untuk melaksanakan darurat atau prorog Parlimen, mengambil kira keadaan semasa penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Prorog adalah pemberhentian atau penggantungan sidang Dewan Rakyat dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan terdahulu. – BH Online

Kategori