• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punggung Ditikam Samseng Jalanan

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ditikam di punggung selain dibelasah teruk. Itu nasib dua beradik menjadi mangsa belasah samseng jalanan selepas mereka bertindak mengejar individu yang melanggar kereta dinaiki di Jalan Kuchai Maju di sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari Sabtu lalu, kereta dinaiki kedua-dua mangsa dilanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U secara mendadak hingga menyebabkan kenderaan mereka dilanggar di bahagian belakang.

Sumber polis berkata, mangsa kemudian bertindak mengejar kereta berkenaan yang melarikan diri sejurus kejadian.

Katanya, sebaik tiba di jambatan berhampiran lokasi itu, salah seorang mangsa keluar dari kenderaan selepas berjaya menahan kereta itu di bahu jalan.

“Mangsa yang melihat kesan calar di bahagian bampar belakang kereta bagaimanapun diserang tiga lelaki.

“Salah seorang daripada tiga lelaki terbabit bertindak menikam mangsa menggunakan pisau lipat di bahagian punggung kiri selain menumbuk dan menendangnya di seluruh badan,” katanya.

Menurutnya, suspek turut menumbuk mata adik mangsa hingga mengakibatkan cermin matanya pecah.

“Kedua-dua mangsa masuk ke dalam kereta bagi mengelak terus dibelasah tiga lelaki terbabit sebelum melarikan diri.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan Baru, Cheras, di sini, berhubung kejadian langgar dan belasah itu,” katanya. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: GaduhSamseng Jalanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

11/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan individu bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, akhirnya membawa padah apabila...

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

24/12/2025
0

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam, Insiden Di Taiping Cetus Kontroversi TAIPING – Seorang influencer lelaki mendakwa menjadi mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd