Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Suspek Curi Seluar Dalam...

SEORANG suspek pencuri seluar dalam maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebatang pokok...

Polis Wanita Kena Bela...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang anggota polis...

Indonesia Akan Cabar Dasar...

JAKARTA - Indonesia mahu mencabar dasar Kesatuan Eropah (EU) mengenai tenaga boleh diperbaharui...

Beri Peluang Pasukan Petugas...

PUTRAJAYA - Beri kepercayaan dan peluang kepada Pasukan Petugas Khas berhubung dakwaan penyaluran...

Pulau Paling Mahal Di Dunia Untuk Dijual Di UAE

RAS AL KHAIMAH – Sebuah pulau persendirian seluas 267 hektar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ditawarkan untuk jualan pada harga 360 juta pound (RM1.88 bilion), ia mempunyai pemandangan indah pantai, beberapa hotel lima bintang serta pemandangan menakjubkan Teluk Arab.

Pulau Al Marjan adalah gabungan empat pulau buatan manusia di kawasan paling utara UAE, Ras Al Khaimah.

Pembeli yang sanggup membayar harga RM1.88 bilion akan mendapat tanah seluas lima juta kaki persegi dengan banyak kelab, hotel dan pusat peranginan tepi pantai yang siap dibina.

Keempat-empat pulau itu termasuk Pulau Dream, Pulau Breeze, Pulau Treasure dan Pulau View menawarkan pemandangan menakjubkan dan suasana mewah semula jadi, menurut iklan hartanah terbabit dalam talian.

Iklan itu dimuat naik bertujuan untuk menarik pembeli asing dengan tawaran tiada cukai pendapatan atau kawalan tukaran mata wang dengan banyak infrastruktur sudah siap. – Agensi/ DailyMail

Kategori