Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

200,000 Rakyat Miskin Tegar...

PUTRAJAYA - Seramai 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin...

Kecoh Iklan Pam Susu...

SEBUAH syarikat pam susu dikecam dalam talian gara-gara iklan baharunya yang membandingkan kumpulan...

Ingin Belajar? Universiti Bukan...

LULUS peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang bukan lagi menjadi suatu kebanggaan....

PIBG MCKK, Ahli Keluarga...

Peguam mewakili PIBG dan ahli keluarga, Hasshahari Johari Mawi berkata, insiden yang ditularkan minggu lalu menjadi tidak terkawal, menyebabkan pihak PIBG tampil membuat laporan polis, hari ini.Katanya, tujuan laporan polis itu dibuat susulan reaksi, ugutan dan ancaman yang diterima pelajar, ibu bapa dan guru MCKK, yang mana dengan laporan polis berkenaan diharapkan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

PU Faiz Didakwa Cederakan Penceramah Wanita

PETALING JAYA – Naib juara program Pencetus Ummah musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang penceramah wanita.

Ahmad Faiz, 27, atau lebih dikenali sebagai PU Faiz mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dia didakwa mencederakan Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, di Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi, No 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Kota Damansara, di sini pada 2.30 petang, 26 September lalu.

Ahmad Faiz yang juga seorang penceramah bebas didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Sapphira Selamat tidak menawarkan sebarang jaminan manakala peguam Ridha Abdah Subri memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori