• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: 5 Fitnah Pakatan Harapan Dijawab

oleh Haris
30/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN Harapan menyebar berita palsu lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), termasuk mengulang-ulang penipuan yang telah lama dibuktikan salah.

Kerana sangat terdesak untuk mendapat kuasa, lebih banyak penipuan disebar untuk menipu dan membodohkan rakyat.

Rekod mereka yang sering disaman dan terpaksa minta maaf sepatutnya telah menyedarkan semua tentang amalan fitnah yang mereka amalkan itu.

Menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14, mereka menyebarkan lagi penipuan. Ini lima penipuan terbesar yang mereka sebarkan.

1. BN Tidak Tunai Janji Bina Rumah

Kerajaan BN melaksanakan janji membina pelbagai skim rumah, seperti Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M), dan Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip). Ada projek yang berjaya disiapkan awal dan lebih daripada dirancang Kesemuanya program yang berterusan dijalankan sejak dilancarkan.

2. BN Tidak Turunkan Kadar Tol

Dalam tempoh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi perdana menteri sejak 2009, sebanyak lapan buah tol telah menamatkan operasi. Empat yang terbaru diumumkan dalam Bajet 2018, melibatkan tol di Selangor dan Johor. Penamatan kutipan tol di Lebuhraya Persekutuan disambut baik rakyat Selangor.

3. Negara Dijual Kepada China

Semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, pelaburan terbesar datang dari Jepun. Apa yang berlaku ialah pelaburan tetapi sekarang PH menenggelamkan isu pelaburan dan menyebut “jual negara”. Sekarang ini, ekonomi paling pesat di dunia ialah China, maka mereka pula banyak melabur di Malaysia. Tidak masuk akal untuk Malaysia menolak pelaburan China.

4. Pembangunan Infrastruktur Perlahan

Pembangunan di bawah PM Najib didakwa perlahan. Ini jelas satu penipuan kerana pembangunan pantas berlaku walaupun pertumbuhan ekonomi tidak seperti pada satu masa dulu. Projek pembangunan terbesar yang telah sempurna satu fasa dan akan diteruskan lagi ialah MRT laluan Kajang-Sungai Buloh.

5. GST Akan Naik Kepada 9 Peratus

Di media sosial dan sebaran bercetak kepada orang ramai, mereka menumpukan pada isu GST, dan mendakwa GST akan dinaikkan kepada 9 peratus selepas Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14. PM Najib telah menafikan dakwaan ini sejak beberapa bulan lalu, tetapi tetap diulang dan disebarkan oleh PH. – Mynewshub.cc

Tags: fitnahManifesto PH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kawal Perasaan Ketika Mendengar Ceramah – Polis

Next Post

Dekati Golongan Muda Jelas Fitnah Di Media Sosial

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Next Post

Dekati Golongan Muda Jelas Fitnah Di Media Sosial

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd