Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Saman MH370 Dicadang...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mencadangkan supaya kes saman...

Belum Ada Keputusan Hadkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai pelaksanaan mengehadkan...

Bomba Tamat Operasi Pembersihan...

TASEK GELUGOR - Penghuni sebuah rumah di Jalan Padang Menora, Kampung Baru di...

Lelaki Ditemui Lemas Di...

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam...

Prototaip Kereta Nasional Baharu Dijangka Didedah Kepada Umum Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Prototaip kereta nasional baharu dijangka dapat dikongsikan kepada umum secepatnya tahun depan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin ketika berkongsi tentang perkembangan terbaharu projek kereta nasional ketiga itu berkata ia telah dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menghasilkan kereta nasional baharu, kerajaan memberi fokus untuk mempertingkatkan daya saing kejuruteraan tempatan serta mencipta ekosistem baharu yang mesra inovasi dan teknologi.

Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan pusat pasca Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu berhasrat melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Dr Mahathir.

Langkah untuk menghasilkan kereta nasional ketiga dilihat akan dapat mencergaskan kembali industri automotif negara. – BERNAMA

Kategori