• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton, UEM Edgenta Kerjasama Urus Tenaga

oleh
26/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional, Proton, bekerjasama dengan UEM Edgenta Bhd, bagi menguruskan insiatif keberkesanan tenaganya, Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contract) (EPC), di dua pusat kemudahannya untuk tempoh tujuh tahun.

Menurut kenyataan bersama Proton dan UEM Edgenta hari ini, EPC berkenaan dilaksanakan di Pusat Kecemerlangan (COE) Proton di Sime UEP Industrial Park dan kilang pengeluaran Tanjung Malim.

EPC itu akan memberikan kecekapan tenaga yang membolehkan Proton mengurangkan minimum 30 peratus jumlah penggunaan tenaga di COE Proton dan 10 peratus jumlah penggunaan tenaga di kilang Tanjung Malim.

Ini membolehkan pengurangan sebanyak 4,800 kilogram pelepasan gas rumah hijau setahun dan penjimatan tidak kurang daripada RM3.0 juta setahun, kata syarikat berkenaan.

Inisiatif pengoptimaan itu termasuk pengubahsuaian pencahayaan, penggantian sistem penyejuk, pemasangan dan pengoptimaan sistem udara pemampat serta pemasangan sistem pengawasan tenaga berasaskan Awan dan Objek Rangkaian Internet di kedua-dua kemudahan berkenaan.

Ia termasuk penyelenggaraan dan perkhidmatan yang komprehensif terhadap kesemua peralatan di bawah kontrak berkenaan.

Sebagai tambahan kepada faktor alam sekitar, inisiatif ini juga dijangka mengurangkan kos operasi keseluruhan Proton sebaik pengeluar kereta itu meningkatkan jam operasi berikutan jangkaan peningkatan jumlah pengeluaran kereta yang akan bermula tahun depan.

“Satu daripada prinsip utama Industri 4.0 adalah kepentingan membuat sesuatu yang lebih baik sambil menjadikan sesuatu itu lebih baik.

“Inisiatif ini bukan sekadar membolehkan Proton berkembang dengan cara yang positif melalui pengembangan kilang kami, juga sebagai pembangunan produk, tetapi juga membenarkan kami melakukannya dengan cara di mana kami mengurangkan keseluruhan kesan karbon,” kata ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Pengarah urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Datuk Azmir Merican pula menambah, konsep berkongsi penjimatan EPC membantu syarikat mengatasi komitmen modal awal dengan keputusan lebih pantas – BERNAMA

Tags: ProtonUEM Edgenta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tempoh Kempen 14 Hari Tidak Beri Kesan Pengundi

Next Post

Pakar Seismologi Boleh Bantu Negara Hadapi Bencana

Related Posts

Lakukan Pemeriksaan 5-Mata Pada Kereta Anda

26/04/2020
0

SEJAK PKP dilaksanakan, kita mungkin secara tidak langsung mengabaikan kereta yang dimiliki kerana kita tidak dibenarkan untuk memandunya ke tempat...

Inisiatif KKM Hadapi Bilangan Pesakit Maksimum COVID-19

13/04/2020
0

PUTRAJAYA - Inisiatif membangunkan peralatan alat bantuan pernafasan dan perkongsian alat bantuan pernafasan serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di lapangan...

Next Post

Pakar Seismologi Boleh Bantu Negara Hadapi Bencana

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd