Bukan hanya ketika hendak menghadapi PRN Melaka adanya sebahagian ahli parlimen UMNO yang agak rasa gelisah dan serbasalah.
Saya teringat bagaimana menjelang PRK Tg Piai, sekumpulan ahli parlimen UMNO mengadakan sidang media menyatakan sokongan mereka kepada Pengerusi PPBM ketika itu, Tun Dr Mahathir, sebagai PM sehingga akhir hayat Parlimen ke-14.

Dari merasa serbasalah dan gusar, sepatutnya, sebagai wakil rakyat, mereka harus meraikan mengembalikan mandat balik kepada rakyat kerana ianya asas amalan demokrasi negara kita.
PRN Melaka ialah kaedah terbaik supaya rakyat negeri dapat keluar dari kemelut politik yang disebabkan oleh amalan ‘politik katak’ segolongan wakil rakyat yang tidak menghormati mandat rakyat pada pilihanraya yang lalu.
Cukup-cukuplah dengan amalan ‘politik katak’ ini. Walaupun Pakatan Harapan teringin sangat “kembali jadi kerajaan negeri Melaka walaupun sehari”, ianya tidak bakal membawa kepada kestabilan politik dan pemerintahan negeri.
Amalan ini mengugat kestabilan politk yang diperlukan untuk kesejahteraan rakyat dan negeri. Lagipun, sudah pun tiba tempoh matang mandat rakyat pada PRU14.
Mengembalikan mandat balik kepada rakyat adalah cara terbaik mengembalikan kestabilan politik.
InsyaaAllah, rakyat Melaka akan mencapai dan membina permuafakatan mereka sendiri dalam PRN ini untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil demi masa depan yang sejahtera dan makmur.
#KestabilanDemiKemakmuran
#BNmemBinaNegara
-SHAHRIR SAMAD – TOK UBAN
