• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Mabuk, Berkelakuan Tidak Senonoh Di Balai Polis

oleh Cj Mnh
31/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Seorang lelaki ditahan selepas menyimbah air minuman kepada anggota polis serta mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur perkauman di Balai Polis Parit di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam itu, suspek berumur 37 tahun datang ke balai polis berkenaan dalam keadaan mabuk dipercayai untuk membuat laporan polis.

“Selepas meletakkan kenderaan dipandu jenis Nissan Navara, suspek kemudian keluar dengan keadaan mulut berbau minuman keras yang kuat dan menyatakan duit dalam simpanan sebanyak RM5,000 telah hilang.

Seorang anggota polis meminta suspek mengalihkan keretanya ke kawasan lain kerana mengganggu pandangan di hadapan balai namun lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata anggota polis telah menasihati suspek yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah ladang kelapa sawit untuk bersabar dan bercakap dengan sopan.

“Tiba-tiba suspek mencurahkan air minuman yang dipegangnya kepada anggota polis dan cuba membuat provokasi secara fizikal.

Suspek juga meludah di dalam balai sebelum anggota polis menahannya kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis, mabuk dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

Mohamad Zainal berkata suspek yang bertindak agresif semasa ditahan dibawa Hospital Changkat Melintang untuk pemeriksaan alkohol dan kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 186 dan 510 Kanun Keseksaan kerana berlakuan tidak senonoh di balai polis serta sengaja menghalang tugas penjawat awam. – BERNAMA

Tags: balai polismabuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPDNHEP Teluk Intan Pantau 25 Stesen Minyak

Next Post

Pekerja Kilang Warga Indonesia Didakwa Bunuh Seorang Wanita

Related Posts

Lelaki Maut Ditembak Dibawa Rakan Ke Balai Polis

Lelaki Maut Ditembak Dibawa Rakan Ke Balai Polis

26/04/2025
1

Kuching: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong, di sini...

27 Pos PGA, 10 Balai Polis Di Kelantan Tenggelam

27 Pos PGA, 10 Balai Polis Di Kelantan Tenggelam

30/11/2024
0

RANTAU PANJANG: Sebanyak 27 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Tumpat dan Rantau Panjang di sini, tenggelam dilanda banjir sejak...

Next Post

Pekerja Kilang Warga Indonesia Didakwa Bunuh Seorang Wanita

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd