• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Dakwaan Aliff Syukri Pukul Anak Angkat

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap laporan yang mendakwa usahawan kosmetik Aliff Syukri bertindak memukul anak angkatnya, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (JSJK), Fadzil Ahmad.

Fadzil berkata, polis turut akan memanggil beberapa saksi yang berkaitan dengan kes berkenaan, selepas seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai pekerja Aliff, membuat laporan polis pada 29 Februari lalu.

“Laporan polis dibuat seorang wanita Indonesia berusia 34 tahun, yang juga merupakan pembantu rumah suspek pada 29 Februari jam 3.55 petang.

“Dalam laporan, pengadu menyatakan suspek mendera anak angkat perempuan berumur 2 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Ia merupakan kesalahan atas tindakan menganiaya, mengabaikan, pembuangan terhadap kanak-kanak.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Kejadian yang berlaku pada 28 Februari difahamkan terjadi di kediaman usahawan itu dan sehari kemudian, pembantu rumahnya membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.

Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika beliau sibuk merakam klip video untuk saluran YouTube miliknya. – FMT

Tags: aliff syukripolispukul anak angkatusahawan kosmetik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Tumbang Sebelum Sempat Umum Tangguh Bayaran PTPTN

Next Post

SPM Guna Format Baharu Tahun Depan

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post

SPM Guna Format Baharu Tahun Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd