• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serah Kertas Siasatan Kes Khairuddin Esok

oleh
09/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHERAS – Kertas siasatan berhubung isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melanggar arahan kuarantin wajib, dijangka akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) esok, untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata saksi terakhir kes itu sudah direkod keterangan semalam.

“Mungkin esok kita serahkan kertas siasatan itu kepada AGC. Mereka akan meneliti bukti dan kenyataan sedia ada dalam fail siasatan.

“Lebih 10 saksi sudah dirakam keterangan. Saksi terakhir beri kenyataan semalam,” katanya pada sidang media sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Khairuddin dan tiga ahli keluarganya memberi keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, isu mengenai Ahli Parlimen Kuala Nerus itu diserahkan kepada polis untuk disiasat.

Mohd Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 pada 7 Ogos atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Mengulas perkembangan lain, Abdul Hamid berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung isu kitab Injil membabitkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

“Polis menerima laporan, kertas siasatan dibuka dan keterangan saksi sedang diambil.

“Kini, kami menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan medium yang digunakan untuk menularkan video isu berkenaan,” katanya.

Ogos lalu, beberapa ahli DAP Sarawak membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berhubung kenyataannya terhadap isu kitab Injil. – BH Online

Tags: kuarantinmohd khairuddin aman razali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Sabah: Isi Borang Calon Sebelum 12 September

Next Post

PDRM Pertimbang Siasat Kes Sungai Gong Ikut SOSMA

Related Posts

Sindiket Di China Jual Daging Kucing Sebagai Daging Kambing, Lembu, Babi

Dewan Rakyat: Nombor Tidak Aktif Akan ‘Dikuarantin’ 6 Bulan

24/10/2023
0

KUALA LUMPUR – Kesemua nombor yang tidak aktif akan masuk tempoh kuarantin atau ‘cooling off period’ selama enam bulan sebelum...

Thailand Gesa Pesakit Covid-19 Patuhi Kuarantin 10 Hari

Thailand Gesa Pesakit Covid-19 Patuhi Kuarantin 10 Hari

17/07/2022
0

BANGKOK – Pihak berkuasa kesihatan awam Thailand mendesak orang ramai agar mematuhi tempoh kuarantin kendiri selama 10 hari jika disahkan...

Next Post

PDRM Pertimbang Siasat Kes Sungai Gong Ikut SOSMA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd