• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Lambat Siasat Kes Raymond Koh, Amri

oleh
10/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menafikan dakwaan berlakunya kelewatan terhadap siasatan kes kehilangan dua individu, Pastor Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan, siasatan bagi setiap kes orang hilang dilakukan oleh pihak polis mengikut kategori.

“Saya tak fikir siasatan itu lewat sepertimana yang didakwa. Kita kena ingat, bila siasatan berkaitan orang hilang ini dibuat ada yang kita buka terus kertas siasatan.

“Ada yang kita buka siasatan dalaman. Tapi kalau kita fikir ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya kita akan terus jadikan kepada kertas siasatan dan kelewatan ini tidak berlaku,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam satu sidang media semalam mendakwa polis hanya bertindak menyiasat kehilangan dua individu terbabit selepas sebulan kes itu dilaporkan.

Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berasa amat dukacita dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Suhakam berhubung kes tersebut.

Katanya, dakwaan suruhanjaya berkenaan yang turut menyatakan bahawa polis tidak memberikan kerjasama terhadap tuduhan membabitkan seorang anggota polis yang didakwa mempunyai kaitan dalam kes itu juga tidak benar.

Menurut Suhakam, anggota terbabit telah berkhidmat dalam PDRM sejak 18 tahun lalu dan telah berhenti daripada perkhidmatan selepas timbulnya kes kehilangan dua individu yang hilang itu.

“Saya sudah sebut banyak kali, kita akan beri kerjasama sepenuhnya daripada awal. Pendengaran yang saya rasa sudah lebih daripada satu tahun.

“Jadi, dakwaan bahawa kita tak beri kerjasama saya pun tak pasti spesifik tentang itu tapi kita akan beri respon yang positif tentangnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi menegaskan, segala apa yang diperkatakan oleh Suhakam merupakan dakwaan dan tohmahan sahaja.

Jelasnya, polis akan sedaya upaya membantu dalam mengenalpasti saksi-saksi yang diperlukan oleh pihak Suhakam.

“Jadi untuk mereka yang hilang dan tak dapat respon ni kita all out membantu memanggil beliau (anggota polis) untuk tampil kehadapan dan tidak akan melindungi.

“Tapi malangnya bila seseorang itu berhenti untuk kita mengesan dan sebagainya. Jika dia tidak datang beri keterangan itu diluar bidang kuasa kita.

“Untuk mengatakan kita tak ambil inisiatif untuk memanggil dan mencari beliau itu memang tidak tepat sama sekali,” tegasnya.

Terdahulu, Mohamad Fuzi hadir merasmikan Persidangan dan Pameran Apac Policetech yang berlangsung sehari hari ini di Hotel Le Merdien di sini. – MalaysiaGazette

Tags: amri che matPDRMraymond koh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Negeri Bersetuju Naikkan Kadar Tarif Air

Next Post

Menteri Kewangan Cuba Sabotaj Melayu Di FELDA?

Related Posts

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

23/06/2025
0

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik sepanjang 38...

Next Post

Menteri Kewangan Cuba Sabotaj Melayu Di FELDA?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd