Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Perlu Lebih...

SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru penunggang...

Hanya 77 Mangsa Banjir...

SHAH ALAM - Situasi banjir di Selangor semakin pulih apabila hanya 77 mangsa...

Kim Swee Hormati Keputusan...

KUALA LUMPUR - Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee akur dengan keputusan...

Rakyat Diseru Zahir Bantahan...

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia diseru untuk terus memainkan peranan proaktif dalam menzahirkan...

Polis Cari Ibu Bapa Budak Lelaki Maut Dipercayai Didera

SHAH ALAM – Polis meminta ibu kandung dan bapa tiri seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital di Ampang semalam, dipercayai akibat didera, supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata mereka ialah Noraini Samian, 20, dan Khairul Izaini Khairuddin, 31.

“Ibu kandung mangsa dan bapa tirinya yang turut dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital semalam dengan sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna kuning,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Fadzil berkata, mangsa sebelum itu dipercayai dibawa oleh ibu kandung dan bapa tirinya ke jabatan kecemasan hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri, kira-kira 12 tengah hari semalam.

Katanya, pakar perubatan di hospital berkenaan kemudian mengesahkan kanak-kanak malang itu meninggal dunia.


“Pakar perubatan itu kemudian membuat laporan polis selepas mendapati terdapat beberapa kesan luka dan lebam di badan dan muka mangsa.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – BERNAMA

Kategori