• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buat Semakan Penganjur Perhimpunan Bekas Ahli PKM

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang membuat semakan terhadap beberapa individu termasuk penganjur program berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung perhimpunan tersebut.

“Tiada sebarang laporan polis diterima setakat ini. Bagaimanapun kita akan membuat semakan terhadap individu-individu yang terlibat termasuk penganjur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pagi semalam, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengarahkan polis segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli PKM itu.

Beliau berkata perkara dikhuatiri mengancam keamanan negara tidak boleh dibiarkan berlaku.

Semalam, menurut laporan media kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dipercayai melibatkan bekas ahli PKM, antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989.

Tags: parti komunis malayapolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanya 4 Daripada 47 Syarikat Kementerian Kewangan Kukuh

Next Post

Saksi Diarah ‘Bina Semula’ Bilik CEO Cradle Fund

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post

Saksi Diarah ‘Bina Semula’ Bilik CEO Cradle Fund

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd