• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Kedah Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Baharu

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Perikatan Nasional (PN) Kedah kini mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu susulan peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR hari ini.

Pengumuman ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee, yang menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membolehkan PN kini memiliki 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Azman pada sidang media bersama Dr Robert, memaklumkan mereka hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyebabkan parti itu kini berpecah belah.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, PKR yang sebelum ini memperjuangkan keadilan bagi rakyat kini bertukar menjadi parti yang hanya memperjuangkan Anwar menjadi Perdana Menteri dan keluarganya sahaja.

“Selepas melihat pelbagai kepincangan, kami mengambil keputusan keluar parti dan bukan lagi menjadi ADUN mewakili PKR dan kini menjadi ADUN Bebas mesra kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Kami juga menyokong penuh Perdana Menteri bagi memimpin negara dan memberi kepercayaan kepada PN di Pusat dan negeri bagi menjaga rakyat,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Sidam di sini, hari ini.

Azman berkata, beliau dan Dr Robert juga tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti baharu termasuk BERSATU pada masa hadapan.

“Keputusan kami ini sudah dibincangkan bersama Muhyiddin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan kami perlu bergerak ke hadapan supaya pentadbiran negeri berjalan lancar.

“Petang ini kami akan menyatakan sokongan terbuka kepada PN di Kedah bagi membolehkan kerajaan negeri baharu ditubuhkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada lagi ADUN PKR meninggalkan parti itu, beliau memaklumkan setakat ini hanya mereka berdua berbuat demikian, namun terdapat ramai ahli dijangka meninggalkan PKR tidak lama lagi.

Petang ini, PN Kedah dijadual mengadakan sidang media di Kompleks PAS negeri bagi mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu.

Ketika ini, komposisi DUN Kedah menyaksikan PAS menguasai 15 kerusi, PKR (lima), BERSATU (enam), Parti Amanah Negara (empat) dan masing-masing dua bagi DAP, UMNO dan BEBAS. – BH Online

Tags: adun pkrKedahperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jururawat Adalah Wira, Wirawati Negara – Muhyiddin

Next Post

SOP Solat Jumaat, Solat Berjemaah Diketahui Khamis Ini

Related Posts

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

26/09/2024
0

Alor Setar : Bilangan mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 1,567 mangsa daripada 472 keluarga yang ditempatkan di 18...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post

SOP Solat Jumaat, Solat Berjemaah Diketahui Khamis Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd