Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Najib Dan Isteri Hadir...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri rumah...

Lebih 30 Mayat Hangus...

BANGKOK : Sekurang-kurangnya 30 mayat ditemui rentung dalam kenderaan yang dibakar, dalam serangan...

Kerajaan Tambah Baik Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol...

Kes Zahid Ditangguh, Beri...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr....

PLUS Tunda Pelaksanaan Tol RFID Di Lebuhraya PLUS, LPT2

KUALA LUMPUR – PLUSĀ  Malaysia Berhad (PLUS) menunda pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ke tarikh baharu berikutan penularan wabak COVID-19.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem berkenaan dihentikan sementara bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi memastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS serta pelanggan lebuh raya.

ā€œSemua persiapan untuk memastikan persediaan RFID di semua lebuh raya kendalian PLUS akan disambung sejurus tempoh PKP berakhir. 

ā€œKami percaya bahawa PKP adalah langkah penting untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan bukan sahaja kepada petugas kami malah kepada semua rakyat Malaysia daripada risiko COVID-19,ā€ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pelaksanaan sistem kutipan tol RFID itu melibatkan 83 plaza tol sistem tertutup lebuh raya PLUS dan 10 plaza tol di LPT2.


Azman berkata, PLUS akan mengumumkan tarikh baharu bagi pelaksanaan kutipan tol menerusi RFID itu selepas tempoh PKP berakhir.

Sebelum ini, PLUS menyatakan pelaksanaan pembayaran tol RFID itu akan dimulakan pada 1 April ini.

Kategori