• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Sekat 1,200 Jemaah Haji 1MDB Ke Tanah Suci

oleh
14/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menafikan laporan pelbagai portal tempatan yang dedah kuota jemaah haji Malaysia musim kali ini turun kepada 30,200 orang sahaja.

Ini jauh beza dengan 42,200 orang dicatatkan tahun lalu, rekod tertinggi dalam sejarah selepas beberapa tahun menikmati kuota lebih 40,000 orang hasil hubungan baik Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kerajaan Arab Saudi.

Bukan itu sahaja pengurusan Tabung Haji (TH) dirombak termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim letak jawatan akibat tekanan kuat pentadbiran PH, sebagai mana kes semua agensi dan syarikat milik kerajaan lain.

Keadaan tambah buruk apabila Kementerian Pertahanan tarik balik pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pakatan 40 negara Islam yang dibentuk pertahan Kaabah di Arab Saudi daripada serangan musuh Islam.

Hubungan diplomatik dengan negara itu tambah ‘kusut’ apabila beberapa pemimpin PH waima Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iktiraf ajaran sesat Syiah Iran konon tidak menyalahi aliran Ahli Sunah wal Jamaah.

Terbaharu, demi elak rakyat menyalahkan kerajaan PH dalam isu kuota haji, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berdalih 1,200 jemaah tajaan Yayasan 1MDB disekat konon akaun syarikat itu dibekukan.

Ini cetus persoalan cepumas kerana akhir bulan lalu Kementerian Kewangan mengumumkan pelantikan pengerusi dan jawatankuasa eksekutif baharu 1MDB bagi urus tadbr syarikat tersebut selepas pecat pihak pengurusan lama.

Baca: Hina Mufti: PM Buat Lagi Fatwa Haram Haji 1MDB

Juga: Jasa Besar 1MDB Ditutup Jadi Mangsa Persepsi Jahat

Ia sekali gus membuktikan 1MDB masih fungsi seperti biasa di sebalik pelbagai tohmahan liar kerajaan PH selama ini dan pembekuan ratusan akaun bank yang konon disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindakan pelik itu termasuk berjaya zalimi Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sekat semua akaun bekas perdana menteri itu serta ahli keluarganya termasuk cucu dan anaknya yang ada digunakan untuk rawatan penyakit kanser.

Hakikatnya, langkah kejam kerajaan PH halang 1,200 orang itu ke Tanah Suci pada malam ini turut bongkar fitnah jentera blok politik tersebut selama ini konon kumpulan ditaja Yayasan 1MDB itu ‘rampas’ kuota bakal jemaah lain.

Umum maklum, menerusi program khas diperkenalkan Najib mulai tahun 2011 itu, kelompok terbabit tidak ganggu kuota jemaah haji Malaysia yang ditetapkan pihak kerajaan Arab Saudi sebanyak 30,200 orang sejak tahun 2000.

Setakat tahun lalu, lebih 5,000 orang dari seluruh negara meliputi ketua kampung, imam, bilal dan pesara kerajaan yang kurang mampu, berpeluang ‘jejak kaki’ menunaikan Rukun Islam kelima itu hasil tajaan oleh Yayasan 1MDB.

Bantuan khas ini adalah pertama seumpamnya di dunia tetapi kini ia tinggal kenangan waima sudah dibayangkan Mahathir sejurus angkat sumpah jawatannya pada 10 Mei lalu yang tergamak hukum haji tajaan itu sebagai haram.

Ketua kerajaan dengan usia tertua di dunia itu turut hina ramai mufti yang sokong usaha Najib bantu rakyat miskin mengerjakan haji namun tidak pula berusaha ringan beban umat Islam dalam urusan tersebut. – Mynewshub.TV

Tags: 1MDBHaji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd