PH Kekal Atau Tak, Segera Pulihkan Ekonomi – Najib

KUALA LUMPUR – Pergolakan politik dalaman negara perlu diselesaikan segera sama ada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kekal atau jatuh, atau Parlimen dibubarkan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kestabilan ekonomi dan negara yang hilang sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 perlu dipulihkan demi ekonomi dan keselamatan rakyat.

Beliau mengulas mengenai kejatuhan Bursa Malaysia di bawah para 1,500 mata akibat pergolakan politik tempatan dan penularan pantas koronavirus di luar China.

Bursa Malaysia berada di bawah tekanan apabila memulakan dagangan hari pertama minggu ini kerana kebimbangan pelabur terhadap ketidaktentuan politik negara pada masa ini.

Pada jam 9.03 pagi tadi, indeks penanda aras FBMKLCI jatuh 30.4 mata kepada 1,500.78. – MalaysiaGazette

Loading...