• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Rayuan BPR Dibuka Sehingga Rabu Ini

oleh
28/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) masih boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawangnya https://bpr.hasil.gov.my/ sehingga Rabu ini. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkata rayuan sama juga boleh dibuat di kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan, pejabat satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) menerusi janji temu melalui portal rasmi BPR, berdasarkan hari bekerja di setiap negeri antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. 

“Perkhidmatan ini selaras dengan pengumuman perlanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara oleh kerajaan, semalam. 

“Selain itu, pelanggan juga boleh menyelesaikan urusan dengan menggunakan kemudahan Kotak Serahan di pejabat cawangan, pusat satelit, PKH serta di pejabat daerah di Sabah dan Sarawak berdasarkan waktu operasi pejabat berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LHDN turut memaklumkan, kaunter duti setem hanya akan beroperasi pada hari bekerja di setiap negeri melalui janji temu, antara 8 pagi hingga 12 tengah hari. 

“Janji temu dibuka kepada pelanggan dan pembayar duti individu yang tidak boleh mendaftar sebagai pengguna Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) sahaja.

“Pembayar duti selain individu (Ejen STAMPS) diwajibkan untuk mengemukakan permohonan dan bayaran secara dalam talian melalui STAMPS . Janji temu Ejen STAMPS di kaunter hanya untuk kes tertentu,” katanya. 

Semua permohonan janji temu untuk urusan duti setem boleh dilakukan melalui e-mel atau panggilan telefon kepada PSC dengan merujuk senarai nombor perhubungan dan e-mel di laman sesawang rasminya.

Dalam kenyataan sama, kaunter pusat bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat.

Ia hanya bagi urusan cukai pegangan, seniman kembara, cukai keuntungan harta tanah oleh pemeroleh dan kompaun iaitu hanya menerima bayaran tunai atau cek.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara) serta di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Tags: bantuan prihatin rakyatLHDN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hampir 7.4 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberi Setakat Semalam

Next Post

Helikopter TLDM Mendarat Cemas

Related Posts

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

03/07/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR, 1 Julai 2025 – Dalam era digitalisasi perniagaan, sistem e-Invois yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam...

Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta

Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta

01/07/2025
0

CYBERJAYA: Fasa tiga pelaksanaan sistem e-Invois membabitkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta hingga RM25 juta...

Next Post

Helikopter TLDM Mendarat Cemas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd