• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergaduhan Sudah Dijangka – Ong Kim Swee

oleh
11/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perlawanan persahabatan antara pasukan Bawah 23 (B-23) tahun negara dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam di sini malam semalam dicemari insiden pergaduhan melibatkan pemain kedua-dua pasukan serta pegawai UAE.

Insiden berlaku di tengah padang pada penghujung perlawanan ketika Malaysia mendahului 2-0 dan bermula apabila beberapa pemain serta pegawai UAE bertindak menyerang pemain kebangsaan, dipercayai berpunca daripada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan sebelum itu.

Pergaduhan itu berjaya dikawal oleh anggota keselamatan kira-kira dua minit kemudian.

Mengulas insiden itu pada sidang media selepas perlawanan, ketua jurulatih B-23 negara Datuk Ong Kim Swee berkata pergaduhan tersebut sememangnya dapat dijangka kerana menjadi kebiasaan pasukan UAE atau mana-mana pasukan dari Timur Tengah melakukan provokasi terhadap pasukan lawan apabila mereka ketinggalan.

“UAE merupakan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi daripada kita, mereka tidak biasa ketinggalan, keadaan ini… provokasi sememangnya saya sudah jangka,” katanya.

Beliau berkata insiden itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan kepada pemain negara dan berharap kejadian serupa tidak berulang pada Sukan Asia 2018 di Indonesia yang bermula pertengahan bulan ini.

“Pemain perlu lebih pandai mengawal emosi mereka bila berhadapan dengan provokasi daripada pihak lawan, jika insiden ini berlaku semasa di Sukan Asia nanti ia akan merugikan kita,” katanya.

Pada Sukan Asia nanti anak buah Kim Swee diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan manakala UAE pula dalam Kumpulan C dengan China, Timor Leste dan Syria.

Pada perlawanan malam semalam Malaysia mengatasi UAE 2-0 hasil jaringan Safawi Rasid pada minit ke-27 dan Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-64. – BERNAMA

Tags: bola sepakOng Kim Swee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tun M Ingatkan Kabinet Agar Peka Dengan Isu Mara

Next Post

UAE FA Mohon Maaf Kepada FAM, Dalang ‘Gaduh’ Digugur

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

UAE FA Mohon Maaf Kepada FAM, Dalang 'Gaduh' Digugur

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd