• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbincangan Kuota Haji, Umrah Tak Lama Lagi

oleh
15/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan perbincangan berkenaan kuota haji dan umrah dalam masa terdekat.

Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia, Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian berkata kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Perbincangan antara dua negara mengenai kuota haji dan umrah pada tahun ini bakal berlangsung dalam masa terdekat apabila Arab Saudi menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Hushammuddin Tun Hussein) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Agama (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Arab Saudi tidak pernah menutup pintu untuk jemaah Malaysia bagi menunaikan ibadah haji dan umrah selepas pembukaan semula sempadan di negara itu, malah menurutnya Arab Saudi sentiasa mengalu-alukan kunjungan rakyat Malaysia.

Katanya Malaysia tidak disenaraikan dalam 20 negara yang dilarang memasuki Arab Saudi buat sementara waktu sebagai langkah mengekang peningkatan jangkitan COVID-19.

Pada 3 Februari lepas, Arab Saudi telah menggantung kemasukan pelawat dari 20 negara, sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak COVID-19, yang terdiri daripada Argentina, Emiriah Arab Bersatu, Jerman, Amerika Syarikat, Indonesia, Itali, Pakistan, United Kingdom, Turki, Sweden, Perancis, Lubnan, Mesir, India, Jepun, Ireland, Brazil, Portugal, Switzerland dan Afrika Selatan.

Sementara itu mengenai pertemuannya dengan pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican, Sheikh Abdul Rahman berkata ia antara lain membincangkan hal berkaitan umrah dan haji rakyat Malaysia, isu pendidikan penuntut Malaysia ke Arab Saudi serta hal berkaitan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

“Segala syor yang dikemukakan oleh NGO Antarabangsa akan diteliti dan diperhalusi dengan sewajarnya untuk perhatian pihak Arab Saudi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Arab Saudikuota hajiumrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terdapat Keperluan Mendesak Untuk Keluar i-Sinar Tanpa Syarat

Next Post

Rentas Daerah, Negeri Kesalahan Paling Banyak

Related Posts

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Rentas Daerah, Negeri Kesalahan Paling Banyak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd