Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahmad Faisal: Juara Silat...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles DIA pernah dikatakan sewel gara-gara sering dilihat berlari pada...

Tok Mat “Poster Boy”...

Barisan Nasional (BN) tidak boleh menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya dengan...

Rapid Bus Sediakan Bas...

KUALA LUMPUR - Peminat sukan pemotoran yang ingin menyaksikan edisi terakhir acara Formula...

Bekas Presiden Singapura, SR...

SINGAPURA - Bekas Presiden Singapura, SR Nathan berada dalam keadaan kritikal di unit...

Perbicaraan ADUN Tronoh Ditangguh, 3 Saksi Positif COVID-19

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menangguhkan perbicaraan kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, berikutan tiga saksi pendakwaan disahkan positif COVID-19.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan lapan hari, iaitu dari 23 hingga 25 Jun dan 12 hingga 16 Julai depan, sebagai tarikh perbicaraan bagi menyambung prosiding yang ditangguhkan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Mahkamah membuat ketetapan itu selepas pihak pendakwaan memohon kes ditangguhkan ke tarikh lain kerana tiga saksi yang bertanggungjawab atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sedang dikuarantin.

Pengarah Pendakwaan Perak, Datuk Jamil Aripin, berkata ketiga-tiga saksi polis itu bertanggungjawab atas rakaman CCTV yang merupakan antara bukti utama pihak pendakwaan.

“Tanpa tiga saksi ini dipanggil, kami tidak boleh memanggil saksi lain untuk menunjukkan rakaman berkenaan,” katanya.

Abdul Wahab turut menetapkan 28 Mei depan bagi serahan jawapan pihak pembelaan serta keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan untuk dua saksi mengemukakan keterangan mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.

Terdahulu, perbicaraan hari keempat kira-kira jam 10.30 pagi tadi, dimulakan dengan keterangan saksi pendakwaan kelapan, Asisten Superintendan Razak Sulaiman yang menahan Choo Kiong ketika tertuduh hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, kira-kira jam 9 malam 9 Julai 2019.

Mahkamah kemudian memanggil saksi kesembilan, Thong Wan Cheng, 54, yang juga setiausaha sebuah agensi pekerjaan pembantu rumah di Bercham.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi, Wan Cheng memberitahu bahawa kira-kira jam 11 pagi 8 Julai 2019, operator agensi pekerjaan itu ada menerima panggilan. 


Saksi itu berkata, panggilan berkenaan adalah daripada penerima aduan di Jabatan Tenaga Kerja, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur, Riki Sapari yang memaklumkan beliau dihubungi mangsa dan mendakwa telah dirogol majikannya.

“Saya telah menghubungi Riki semula melalui aplikasi WhatsApp selepas beliau tidak menjawab panggilan saya.

“Riki meminta saya membuat laporan polis dan pergi menyelamatkan mangsa di rumah majikannya,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Cheng berkata, pemandu dan staf kaunselor agensi pekerjaan itu yang pergi ke rumah Choo Kiong kira-kira jam 1.30 tengah hari, diberitahu bahawa mangsa berusia 24 tahun itu sudah tidak lagi berada di rumah berkenaan, selain sejambak kunci kediaman terbabit turut hilang.

Pihak pendakwaan diketuai Jamil dengan dibantu Liyana Zawani dan Ainul Wardah Shahidan, manakala pasukan pembelaan diketuai peguam, Datuk Rajpal Singh.

Choo Kiong, 51, yang menghadapi pertuduhan merogol mangsa di kediamannya di Meru Desa Park antara jam 8.15 malam dan 9.15 malam 7 Julai 2019, kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pembelaan. – BERNAMA

Kategori