• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi MADA: Kerajaan PH Disindir Mungkir Janji Lagi

oleh
01/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disindir terus memungkiri janji untuk tidak melibatkan lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan apabila melantik Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkuat kuasa 1 Mac lepas.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd. Fadzil Zolkifli berkata, pelantikan itu juga sekali gus menambah ‘koleksi’ jawatan Mukhriz yang turut menjawat pengerusi beberapa lagi agensi seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Mohd. Fadzil sehubungan itu mempersoalkan kemampuan Mukhriz membahagikan masa untuk mengambil berat perkembangan MADA dan masalah petani yang semakin terhimpit, sedangkan beliau sering kali sibuk berulang-alik ke Kuala Lumpur.

“Tiada perasaan malu kerajaan PH apabila seringkali mencabuli janji mereka sendiri, malah tiada langsung rasa bersalah kepada rakyat dengan ‘mengaut’ pelbagai jawatan.

“Sudahlah janji manifesto bahawa tiada penglibatan politik dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikhianati, ini jawatan agansi kerajaan dibolot juga.

“Selain itu, jangan dipandang mudah peranan MADA kerana ia adalah soal pembangunan Kedah dan sebahagian Perlis, melibatkan seramai 55,000 pesawah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 31 Mac lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub mengumumkan pelantikan Mukhriz sebagai Pengerusi MADA berkuat kuasa 1 Mac lepas, setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerajaan PH dalam manifestonya berjanji bahawa tiada lantikan politik untuk menerajui GLC, sebaliknya ahli lembaga pengarah dipilih dalam kalangan golongan profesional.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil turut mempersoalkan kelewatan pelantikan jawatan tersebut dibuat sehingga dibiarkan kosong hampir setahun lamanya.

“Adakah kerana wujudnya perebutan untuk mengisi jawatan berkenaan, atau ada anggapan Mukhriz tidak sesuai memegang jawatan berkenaan.

“Sebelum ini dilaporkan agar jawatan berkenaan diberikan kepada orang PKR. Begitu juga kenyataan Salahuddin baru-baru ini yang tidak menyebut langsung Mukhriz sebagai calon dalam isu pelantikan Pengerusi MADA,” katanya.

Sekiranya PH tetap hendak melibatkan lantikan politik untuk jawatan Pengerusi MADA, Mohd. Fadzil mencadangkan supaya Mukhriz berjiwa besar dan menyerahkannya kepada pemimpin lain.

Kata beliau, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang telah menyerahkan kerusi dimenangi atas tiket Barisan Nasional (BN) kepada PH.

“Sehingga sekarang beliau (Ku Abdul Rahman) belum diberi sebarang jawatan dalam kerajaan dan apa salahnya sebagai penghargaan diberi jawatan itu kepadanya kerana Ku Abdul Rahman sendiri mempunyai banyak masa di Kedah,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tags: MadaMukhriz Mahathirpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Nak Buat Kolej, Buatlah… Jangan Cakap Saja” – Tok Mat

Next Post

“Hari Tu Marah Kalau Menteri Lain Jawab Soalan”

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

“Hari Tu Marah Kalau Menteri Lain Jawab Soalan"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd