• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerima BSH Harap mySalam Diperluas Untuk Anak

oleh
13/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang layak menerima Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam), berharap agar inisiatif itu diperluaskan untuk manfaat anak-anak mereka yang juga disahkan menghidap penyakit tertentu atau terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Penerima BSH, Siti Fazdilah Tom Mansor, 35, berkata walaupun beliau atau suami jarang dimasukkan ke hospital atau mempunyai sebarang penyakit kronik, namun seorang daripada anak mereka sering dimasukkan ke wad kerana mempunyai masalah pada bahagian tonsil.

“Anak saya kerap mengalami demam dan sering dimasukkan ke wad sehingga beberapa hari dan baru-baru ini doktor mengesahkan dia ada masalah pada tonsil dan perlu dirujuk kepada pakar.

“Bila anak masuk wad, saya terpaksa ambil cuti, suami yang bekerja sendiri tidak boleh keluar bekerja hingga menjejaskan pendapatan keluarga,” katanya ketika ditanya mengenai mySalam di sini, semalam.

Di bawah mySalam, penerima BSH berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan layak menerima elaun RM50 sehari (maksimum 14 hari) jika menjalani rawatan di hospital dan jika disahkan menghidap satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, bayaran one-off sebanyak RM8,000 akan dikredit ke akaun mereka.

Seorang suri rumah, Nur Alia Hamid, 28, juga menyimpan harapan yang sama memandangkan anaknya yang berusia tujuh tahun disyaki menghidap masalah jantung dan sering dimasukkan ke hospital kerana kerap mengalami demam.

“Suami hanya bekerja sebagai pembantu kedai, walaupun anak yang masuk hospital, kami sudah pasti terkesan dan sangat berharap dapat merasai manfaat mySalam ini,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di sekitar bandar raya ini mendapati masih ramai yang tidak tahu mengenai mySalam walaupun mereka sering mendapatkan rawatan di hospital.

Mohammad Fathi Abu Hashim, 34, yang mempunyai masalah jantung berkata beliau pernah terbaca mengenai mySalam dalam media, namun tidak pernah ambil kisah mengenainya.

“Saya akan segera daftar dengan mySalam ini, sekurang-kurangnya saya boleh tuntut jika terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang mySalam, orang ramai boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com.

Tags: BSHkanak-kanakmySalam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Mahu Rakyat Di UAE Harumkan Nama Malaysia

Next Post

Orang Asli Kuala Koh: 4 Mayat Ditemui Setakat Semalam

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

Next Post

Orang Asli Kuala Koh: 4 Mayat Ditemui Setakat Semalam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd