• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Mahu Rakyat Di UAE Harumkan Nama Malaysia

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABU DHABI – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia di luar negara perlu menjaga dan mengharumkan nama negara, termasuk dengan melakar kejayaan di bidang masing-masing.

Al-Sultan Abdullah yang memulakan lawatan khas tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini, bertitah setiap rakyat Malaysia yang berjaya, pastinya akan menjadi contoh kepada yang lain, untuk sama-sama memartabatkan nama negara di persada antarabangsa.

“Saya anggap kamu semua yang bernasib baik, dalam kalangan 32 juta rakyat Malaysia yang mendapat peluang di Abu Dhabi,” titah baginda sambil menyatakan yang mereka berjaya melakukannya dalam persekitaran yang sangat kompetitif, bersama rakyat dari negara lain yang turut mencari peluang pekerjaan dalam bidang yang sama.

Bertitah di pertemuan bersama rakyat Malaysia di sini, Al-Sultan Abdullah turut menyatakan keyakinan, mereka akan dapat memenuhi standard yang ditetapkan, dan menggunakan keupayaan dan kemahiran mereka untuk melakukan tugas dengan baik.

“Saya dimaklumkan, kita bagus dalam industri minyak dan gas dan juga penerbangan di sini. Saya berharap anda semua akan terus lakukan yang terbaik. Terus kekalkan nama baik Malaysia,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat Malaysia di luar negara, agar tidak lupa pulang untuk berbakti kepada tanah air.

Yang di-Pertuan Agong dalam pada itu percaya, hubungan antara Malaysia dan UAE akan bertambah erat lagi dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob; Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin; dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Datuk Yubazlan Yusof.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan beramah mesra dengan kira-kira 200 warga Malaysia termasuk dari Abu Dhabi dan Dubai.

Seri Paduka dijadual berangkat menghadiri upacara sambutan keberangkatan tiba rasmi, di Istana Presiden di sini pada Khamis.

Tags: Al-Sultan AbdullahUAEYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

05/11/2026
0

KOTA TINGGI - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi di Hentian Rehat dan Rawat (RNR)...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd