• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Kilang Dijel, Didenda Cuba Rasuah Pegawai JAS

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pemilik kilang melebur besi dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini kerana merasuah pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Selasa lepas.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman berkenaan selepas Lai Peng Siong, 60 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Lai pada 2 Oktober lepas kira-kira pukul 11.40 pagi di kilangnya yang bertempat di Jalan Raja Musa, Bestari Jaya dekat sini telah secara rasuah memberi suapan sebanyak RM1,000 kepada pegawai dan penolong pegawai JAS Cawangan Sabak Bernam, sebagai dorongan kepadanya untuk tidak mengambil tindakan siasatan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas kilangnya yang beroperasi berhampiran kolam alternatif KL Larut Bestari Jaya.

Hasil pemeriksaan mendapati, tertuduh tidak menyimpan sebarang dokumen berkaitan untuk diperiksa dan pegawai JAS bertindak menjalankan proses mengeluarkan Field Citation iaitu perintah untuk mengemukakan dokumen ke pejabat JAS cawangan Sabak Bernam.

Selepas itu, tertuduh cuba untuk memberi dua sampul surat berwarna coklat berisi wang tunai RM500 setiap satu kepada anggota JAS berkenaan yang kemudiannya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Lai didakwa bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Ketika menyampaikan keputusannya, Rozilah mengingatkan tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatannya dan menegaskan tindakannya memberi rasuah adalah kesalahan berat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Suffian Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam S. Devan (he).

Devan memohon kepada mahkamah agar tertuduh dikenakan hukuman penjara yang minima berikutan ia merupakan kesalahan pertamanya disamping telah menginsafi perbuatan beliau.

Devan juga berkata tertuduh menghidap pelbagai penyakit antaranya darah tinggi dan kencing manis.

Terdahulu Suffian memohon hukuman setimpal yang berbentuk pencegahan kepada tertuduh supaya ia dapat memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak terlibat dengan gejala rasuah. – BERNAMA

Tags: dipenjararasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

10 Remaja Didakwa Rogol Remaja Perempuan

Next Post

PLUS Jamin Buka Ruang Bisnes Kepada Tempatan

Related Posts

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

18/06/2025
0

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

PLUS Jamin Buka Ruang Bisnes Kepada Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd