• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang ‘Berpecah’: PAS, Shafie Enggan Boikot Bajet

oleh
23/10/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMALUKAN… Ibarat sarkas dan perangai budak kecil, beberapa ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan membuat kecoh ketika pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat petang Jumaat.

Insiden biadap tidak dijangka itu berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir mereka sebagai hebat sandiwara kerana sering mendakwa konon ekonomi Malaysia teruk bermasalah tanpa fakta berasas.

Berang dengan kata-kata sinis itu, mereka bangun beramai-ramai memegang plakad dengan ayat Siapa MO1? yang dapat dilihat seperti sudah dirancang lebih awal untuk memalukan Najib ketika pembentangan bajet tersebut.

Perkataan MO1 itu jelas merujuk kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai individu tidak dinamakan kerana disyaki terbabit dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka turut bising membuat provokasi ketika Najib mendedahkan cubaan jahat pihak tidak bertanggung jawab di negara ini yang sanggup menjadi musuh kepada negara sendiri apabila tergamak bersubahat dengan pihak asing.

Kekecohan kira-kira lima minit itu berakhir apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertegas meninggikan suara mengarahkan mereka keluar jika tidak berminat lagi mendengar pembentangan Bajet 2017.

Malangnya, aksi bodoh mereka yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan menyerlahkan pembangkang tidak bersatu apabila ahli Parlimen dari PAS enggan memboikot dan masih berada di dalam dewan.

Baca: Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Aib Imej Parlimen

Juga: Ini Punca PAS Enggan Boikot Pembentangan Bajet 2017

Lagi: Pembangkang Mahu Anggap Parlimen Sebagai Sarkas

pakatan

pakatan2

pakatan5

Turut kekal ialah ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, sebuah parti pembangkang baharu diluluskan pendaftarannya bulan lalu setelah beliau mengumumkan keluar UMNO.

Begitu juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim yang asalnya wakil PKR sebelum dipecat pada 2014 kerana konon langgar disiplin akibat enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada individu lain.

Hasilnya cuma wakil Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN dilihat sanggup ‘tebal muka’ keluar dewan selain ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Dalam pada itu, ramai netizen menyelar perangai biadap anggota Parlimen terbabit sebagai tidak matang, malah ada menyifatkan mereka layak digelar sebagai beruk apabila tidak menghormati Dewan Rakyat dan speakernya sendiri.

“Inilah cara pembangkang semaikan politik membenci dan menghina…” tulis Jamawi Jaafar yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam kicauan Twitternya dari Kota Kinabalu, Sabah.

Manakala Ahli Parlimen BN Sekijang, Anuar Abdul Manap yang juga Presiden Majlis Belia Felda Malaysia turut senada apabila menulis kicauan menerusi akaun Twitternya: “Biar rakyat sendiri menilai perangai buruk mereka…”

Turut berkongsi pendapat sama ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan yang mengicau Twitternya: “Drama politik murahan. PAS tidak keluar. Terus dengar pembentangan…”

Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2017 bertajuk ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bajet 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Teruskan Elaun Kepada Nelayan Bantu Ringan Beban

Next Post

Permit Individu & Geran RM5,000 Beli Teksi Baharu

Related Posts

Eksport, Import Kasar Dijangka Meningkat 2017

29/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Eksport kasar Malaysia dijangka meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM917.5 bilion pada 2017 berbanding RM787 bilion pada...

LHDN Nafi Terbit `Analisa Bajet 2017′

07/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan agensi kutipan cukai negara itu ada mengeluarkan analisa berhubung pendapatan dan...

Next Post

Permit Individu & Geran RM5,000 Beli Teksi Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd