• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan Solat Tarawih, Tunggu Pengumuman Mengenai PKP

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan mengenai pelaksanaan solat Tarawih bulan Ramadan tahun ini bergantung sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Sama ada PKP yang ketiga ada atau tidak, itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan selepas itu kita akan membuat satu kenyataan berkenaan solat Tarawih dan kita akan melihat yang terbaik dalam isu ini,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Ramadan dijangka bermula 24 April ini, kira-kira seminggu selepas PKP fasa kedua tamat iaitu pada 14 April ini, katanya selepas menyaksikan pembayaran zakat perniagaan RM2.67 juta oleh Bank Rakyat kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan.

Pada majlis yang sama, Zulkifli turut menerima sumbangan Tabung Musa’adah COVID-19 sebanyak RM1.5 juta dari Bank Rakyat bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan wabak itu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata, zakat pada tahun ini telah dipercepatkan bayarannya bagi membantu PPZ menghulurkan bantuan secepat mungkin ketika negara dilanda wabak COVID-19.

“Kita juga akan mempercepatkan pembayaran zakat ke negeri lain. Bank Rakyat juga memperuntukkan RM15,000 kepada (setiap) 147 cawangan kami yang keseluruhannya berjumlah RM2.2 juta bagi pengurus cawangan mencari asnaf di kawasan masing-masing yang mungkin begitu susah pada ketika ini,” katanya.

Tags: perintah kawalan pergerakanramadansolat tarawih
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM3.5 Bilion Dividen Akan Dibayar Kepada Kerajaan – BNM

Next Post

Wanita Jerit ‘Idiot’ Terhadap Anggota Polis Didakwa

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Wanita Jerit 'Idiot' Terhadap Anggota Polis Didakwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd