• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dilema Tidak Dibenar Duduki SPM

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 menghadapi dilema untuk menduduki peperiksaan itu minggu depan kerana permohonan memiliki kad pengenalan sejak berusia 12 tahun tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang di sini, Nurul Syuhada Abdul Nasir Idris, 17, berketurunan Kemboja itu kini tidak dibenarkan menduduki peperiksaan SPM yang akan bermula pada 13 November kerana tiada kewarganegaraan.

Wakil keluarga angkat pelajar itu, Mohd Khalid Fatharuddin, 58, berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan dan rayuan kepada JPN Perak sejak 2013 tetapi tidak mendapat perhatian.

Beliau berkata keluarga angkat Nurul Syuhada meneruskan rayuan itu pada 2016, namun masih tidak berjaya atas alasan status pelajar itu bukan warganegara meskipun sudah dibela oleh keluarga angkat sejak lahir.

“Nurul Syuhada dilahirkan di negara ini sebelum diserahkan kepada satu keluarga angkat rakyat Malaysia setelah kedua-dua ibu bapa kandungnya pulang ke negara asal mereka,” katanya pada sidang media di Taman Kerian Permai di sini semalam.

“Keluarga angkat Nurul Syuhada terus membuat rayuan pada 2016, namun masih tidak berjaya atas alasan status pelajar itu bukan warganegara meskipun sudah dibela oleh keluarga angkat sejak lahir.

“Saya bersama keluarga angkat Nurul Syuhada amat sedih sekiranya dia tidak dapat menduduki peperiksaan SPM 2018 minggu hadapan kerana pelajar itu merupakan seorang pelajar pintar dan berpotensi mendapat keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.

Mohd Khalid berkata kecemerlangan Nurul Syuhada terbukti apabila pelajar itu memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan 8A, 1B dan 1C dan terbaharu meraih keputusan 6A dalam ujian percubaan SPM baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya kelulusan kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan penting kerana Nurul Syuhada kini tiada warganegara dan situasi ini akan memberikan implikasi negatif terhadap masa depan pelajar itu.

Menurut Mohd Khalid, Kementerian Pendidikan perlu menyedari Nurul Syuhada juga tidak memiliki taraf kewarganegaraan negara asal kelahiran ibu bapanya, Kemboja dan berdepan kesukaran memohon taraf tersebut susulan terputus hubungan dengan kedua ibu bapa kandungnya.

Beliau berkata pihaknya merayu campur tangan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk mempercepatkan rayuan kelulusan Nurul Syuhada bagi mendapatkan kewarganegaraan Malaysia sebelum bermulanya peperiksaan SPM Selasa ini.

Mohd Khalid berkata pihak Kementerian Pendidikan juga hendaklah menggunakan budi bicara membenarkan Nurul Syuhada menduduki SPM minggu hadapan kerana pelajar itu layak mendapat pendidikan sempurna.

Sementara itu, Ketua Pegawai Khas Pusat Khidmat Anggota Parlimen Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak ketika ditemui mengesahkan menerima aduan membabitkan membabitkan kes Nurul Syuhada yang sudah dikemukakan kepada pihaknya sejak bulan September lalu.

“Perkara itu sudah dipanjangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan untuk membolehkan rayuan kes Nurul Syuhada dipercepatkan bagi mendapat kelulusan.

“Namun begitu, menerusi surat maklum balas dikeluarkan KDN bertarikh 11 Oktober lalu, pihak kementerian itu hanya memaklumkan kes Nurul Syuhada akan diteliti dan diberi pertimbangan sewajarnya mengikut prosedur sedia ada,” katanya. – BERNAMA

Tags: pelajarSPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mufti Tegur Drama Isteri Untuk Disewa

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd