• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar 13 Tahun Dibuli Sampai ‘Bocor’ Kepala

oleh AK-47
24/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GANAS betul budak sekolah sekarang terutamanya pelajar perempuan apabila baru-baru kecoh di media sosial mengenai kes buli di sebuah sekolah di Damansara, Petaling Jaya.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Tuan Zarey Mikael menjelaskan mangsa yang berusia 13 tahun dipukul sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 3 dari sekolah yang sama, semalam.

Menurutnya, anak kepada rakannya itu dibuli sehingga ‘bocor’ kepala dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2.

Pelajar 13 Tahun Dibuli Sampai 'Bocor' Kepala

Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul di kepala dan perutnya di pijak oleh pelajar yang dikenali sebagai Mira sehingga tidak sedarkan diri.

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Difahamkan, mangsa mengalami luka sepanjang dua inci di bahagian kepala namun tidak kecederaan dalaman dilaporkan.

Bapa mangsa menerusi Facebooknya, Shuk DeBitz turut memuat naik gambar anak perempuannya dalam keadaan berlumuran darah dan kepala berbalut ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Menerusi perkongsian Shuk, dia turut memuat naik gambar seorang remaja perempuan yang dipercayai terbabit dalam kejadian buli anaknya.

Pelajar 13 Tahun Dibuli Sampai 'Bocor' Kepala

Satu laporan polis dibuat bagi menyiasat kejadian tersebut namun sehingga kini motif insiden tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Susulan kejadian itu, Zarey menerusi statusnya menjelaskan, bapa mangsa pergi ke sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian dan penjelasan daripada pihak sekolah pagi tadi.

Netizen mengkritik kejadian tersebut yang menganggap pelajar yang melakukannya seolah-olah mahu menjadi samseng di usia muda.

Mereka mahukan tindakan sewajarnya harus dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab dan dapat memberi pengajaran kepada pelajar lain.

“Ambik tindakan sewajarnya, harap keluarga ini tabah, ini semua ujian,” tulis Izzjue Sitijuhaidah Ismail

Ada netizen yang mahukan pelajar yang terbabit di hantar ke sekolah pemulihan bagi mengajar mereka mengenai kehidupan dan hormat menghormati.

“Masukkan ke sekolah budak-budak jahat…baru dia rasa…tu budak camtu kadang kat rumah wat perangai baik..kat sekolah tunjuk samseng,” Aniz Yusuf.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, bapa mangsa yang berusia 42 tahun membuat laporan susulan anaknya dibuli oleh rakan sekolah.

Menurutnya, mangsa dipukul selepas tamat waktu persekolahan oleh pelajar tingkatan tiga selepas dipercayai berlaku perselisihan faham di dalam sekolah.

“Seorang dari dua pelajar perempuan tersebut telah tarik tudung mangsa hingga terjatuh kemudian seorang lagi pelajar telah pijak kepala mangsa dan terkena di lantai sebelum menyepak bahu mangsa hingga menyebabkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa menerima empat jahitan di kepala akibat kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut.- MYNEWSHUB.CC

Tags: bulikes bulipelajar sekolahpetaling jaya
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd