Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pihak Berkuasa Bersihkan Sekayu...

KUALA BERANG - Terkesan dengan tular di media sosial kerana didakwa gagal menjaga...

Saintis Turunkan Had Pemanasan...

BARCELONA: Kadar signifikan bagi mengehadkan pemanasan global diturunkan kepada satu darjah Celsius (°C),...

Hari Ketujuh PKP Tumpu...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ketujuh hari...

Ringgit Menyusut Sejak PH...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta untuk tidak berpuas hati...

PAS Tak Tetap Syarat, Permintaan Bentuk Kabinet

SHAH ALAM – PAS menyarankan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar individu yang dilantik menyertai Jemaah Menteri terdiri daripada pemimpin berintegriti, berkelayakan, dan berkemahiran, serta mewakili masyarakat majmuk.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, selain itu, golongan profesional juga boleh dilibatkan untuk membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat.

Katanya lagi, PAS turut mencadangkan diwujudkan fungsi Hisbah atau sebuah pasukan penyiasat salah laku dalam kerajaan dalam pentadbiran.

“PAS menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini, tanpa sebarang syarat dan permintaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi turut menghargai jemputan Perdana Menteri kepada Pas untuk memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara semalam Ahad lalu.


Al-Sultan Abdullah memberi perkenan, pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin memasuki Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, di sini bagi memulakan tugas hari pertamanya sebagai Perdana Menteri pada Isnin.

Pada hari pertamanya, beliau mempunyai jadual temu janji dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – Sinar Harian

Kategori