• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

No More Bodyguard, Kini Aliff Syukri Mohon Senjata Api

oleh
05/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASAS produk D’herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dilihat semakin berani nampaknya. Kini dikhabarkan sedang membuat permohonan untuk memiliki senjata api sendiri.

Fuhhh… Senjata api? Mana bodyguard Datuk? Takkan dah resigned kot?

Semalam, Aliff telah memuat naik satu gambar menerusi akaun Instagram miliknya yang memaparkan di mana dia sedang memegang beg bimbit menuju ke Balai Polis Sungai Buloh, Selangor.

Menerusi gambar tersebut, Aliff menerangkan secara ringkas bahawa dia meminta orang ramai untuk bersama mendoakan agar permohonan untuk memiliki senjata api dipermudahkan dan diluluskan.

demi keselamatan . . doakan pemohonan pistol saya diluluskan.. supaya saya lebih selamat🙅🏼‍♂️🙅🏼‍♂️🙅🏼‍♂️ no more bodyguards im stronger💪🏻💪🏻💪🏻

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Sep 4, 2017 at 12:27am PDT


“Demi keselamatan. Doakan permohonan pistol saya diluluskan, supaya saya lebih selamat. No more Bodyguards, I’m stronger,” tulisnya menerusi kapsyen pada gambar berkenaan.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 19,000 likes itu secara tidak langsung dilihat mendapat pandangan netizen yang pelbagai.

Macam biasa ada yang bersetuju. Namun, tidak kurang juga yang kurang bersetuju dengan tindakan pengasas yang mendedahkan secara terbuka kerana khuatir membawa mudarat kepada dirinya sendiri.

“Insya Allah… Moga Dato’ dilindungi dari segala bencana… Amiiiin…jangan lupa teruskan bersedekah dan jaga dua ibu bapa dan masyarakat,” tulis @manmala7477.

“Media sosial nih kekadang memudahkan kerja si penjenayah. Mungkin ini strategi pemasaran tetapi ini kurang tepat pada pandangan saya. Maafkan saya Dato’,” komen @muhammadonly pula.

Bagaimanapun, menurut laporan mStar Online, Aliff telah membalas komen netizen dengan berkata posting itu dimuat naik hanya sekadar untuk berkongsi tentang aktiviti yang dilakukan dengan pengikut.

Tambahnya lagi, dia berharap agar orang ramai tidak terus menerus melemparkan pandangan atau fikiran negatif terhadapnya.

Hmmm… Tak salah niat untuk berkongsi tu, tapi bab macam ni untuk keselamatan apa kata kalau dirahsiakan? Tak ke lagi selamat? Bagaimana pula dengan pandangan anda? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Datuk Aliff SyukriPengasas D'Herbs
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tren MMMSL Tamat Operasi, Kendali 1.5 Juta Penumpang

Next Post

Gangguan Air Di Jempol, Kuala Pilah Pada 6-7 September

Related Posts

‘Bobo Dimana’ Teruk Dikecam, Terima Tawaran Nyanyi Lagu Nasyid

12/09/2018
0

DIKECAM teruk kerana lagu Bobo Dimana, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia menerima beberapa tawaran menyanyikan lagu berbentuk...

Filem ‘Badang’ Hanya Mampu Raih Kutipan RM69,000

04/03/2018
0

JANGKAAN filem Badang untuk lakar rekod pecah panggung ternyata meleset apabila karya berkenaan dilaporkan sebaliknya 'unggul' mencatat kutipan langsung tidak...

Next Post

Gangguan Air Di Jempol, Kuala Pilah Pada 6-7 September

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd