Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penduduk Harap Dapat Akhiri...

KOTA SAMARAHAN - Jeriah Suhaili tidak menyangka pesanan harian terhadap anak lelakinya supaya...

PAS Jangka 200,000 Hadiri...

KUALA LUMPUR - PAS menjangkakan kira-kira 200,000 orang hadir Perhimpunan RUU 355 anjuran...

Sultan Johor Lancar Tabung...

JOHOR BAHRU - Johor muncul sebagai negeri pertama di Malaysia yang melancarkan tabung...

Hasni Mulakan Tugas Menteri...

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, memulakan tugas secara rasmi hari...

Netizen ‘Muntah’ Baca Drama Warkah Cordova

SANDIWARA… Ramai maklum kemelut serius yang berlaku dalam PKR sehingga ‘goncang’ Pakatan Harapan (PH) apabila Nurul Izzah Anwar tiba-tiba umum letak jawatan Naib Presiden parti itu.

Justeru, bagi tutup aib kelemahan parti berkenaan yang gagal disorok lagi, Naib Presiden PAN, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa tidak semena-mena menyiarkan surat terbuka luahan rasa kepada anak presiden baharu PKR tersebut.

Dengan diberi tajuk ‘Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah’ yang dicatatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu semalam bagaimanapun terus menerima usikan dan sindiran daripada ribuan pengguna laman sosial.

Terbaharu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyifatkan tulisan yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh berkenaan tidak lebih sebagai ‘drama’ dalam kalangan pemimpin PH sendiri.

Dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, Najib bertanya kepada Mujahid berapa malam beliau tidak tidur berikutan bimbangkan keadaan Nurul Izzah yang pernah digelar ‘Ratu Reformasi’ suatu ketika dahulu.

Malah Najib turut menyarankan kepada Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu sekiranya masih sukar untuk tidur agar membaca doa kepada Allah memohon untuk memudahkan beliau dapat lena dengan tenang.

“Lepas baca warkah Cordova. ‘Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbang keadaan adinda’. Drama. Dah berapa malam tak tidur? Kalau masih tidak boleh, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur tenang,” sarannya.

Semalam Mujahid yang dalam perjalanan dari dari Cordova ke Madrid, Sepanyol dikatakan sempat ‘menulis’ surat terbuka tersebut kepada Nurul Izzah yang dipaparkan kepada umum menerusi akaun sosial Facebook beliau.

Dalam warkah sepanjang 25 perenggan tersebut, Mujahid, 54, cuba tarik perhatian netizen apabila rujuk Nurul Izzah dengan gelaran adinda yang bermaksud adik, manakala beliau pula membahasakan dirinya sebagai kekanda.


“Ke hadapan Adinda Nurul Izzah yang dikasihi.

“Kekanda kini dalam perjalanan darat 3 jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari.

“Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku ‘Puteri Reformasi’,” tulis Mujahid pada permulaan warkah tersebut.

Warkah yang ditulis beliau itu sehingga kini menerima hampir enam ribu perkongsian dan lebih 10 ribu komen dengan sebahagian besar netizen jelas sindir teruk Mujahid sebagai cuba berlagak poyo atau syok sendiri.

“Nak muntah aku. Mentang-menanglah dia tu single. Hang boleh main adinda kekanda bagai,” komen Faeez Yussof.

“Ingatkan masa bercuti dia ingat pasal tugas yang tak selesai untuk rakyat, agama dan masyarakat. Tapi rupanya gigih menulis warkah panjang berjela untuk adinda Nurul Izzah dia,” tulis Tun Carlos.

“Buang la hantaran ni Datuk. Kalau ayahanda-anakanda saya boleh terima lagi. Kekanda dinda ni dah kenapa?” tanya Nursyuhada M Zulkifli. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori