Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kelas Bisnes Pesawat A350...

BAHAGIAN kelas perniagaan pesawat Airbus A350-900 XWB baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB) menyediakan...

Strategi Pengurusan Air, Jamin...

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sentiasa memberi penekanan...

3,925 Pesawah Di Kota...

KOTA BELUD - Seramai 3,925 pesawah di kawasan Parlimen Kota Belud hari ini...

Mahkamah Bebaskan 3 Lelaki...

MIRI - Mahkamah Tinggi Miri membebaskan dan melepaskan Lie Chang Loon, Chin Wui...

Netizen Anti-Islam Kutuk Jakim ‘Dakwah’ Sajat

BIADAB… Sama ada memang jahil Perlembagaan Malaysia yang mewartakan Islam sebagai agama Persekutuan atau sengaja ‘cari pasal’, komen segelintir netizen terbabit ternyata amat kurang ajar!

Umum mengetahui beberapa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertemu secara langsung julung kali dengan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman atau Sajat dekat ibu negara pada Selasa lalu.

Pertemuan tidak dijangka itu menarik minat banyak pihak khasnya netizen apabila kecoh digambarkan kononnya Jakim ingin menyelidik jantina Sajat yang mencetuskan kontroversi sekali gus mengesahkan dia lelaki atau wanita!

Bagaimanapun sehingga kini, baik Jakim mahu pun Sajat, tiada apa-apa didedahkan mengenai hasil perjumpaan berkenaan sehingga menyebabkan ramai netizen khasnya peminat jutawan itu menjadi lebih berdebar-debar pula.

Malangnya, ketika isu tersebut masih kekal misteri, beberapa pengguna media sosial bukan Islam dilihat memuat naik komen berbaur biadab yang jelas bukan sahaja menghina Jakim sendiri, malahan mengutuk ajaran Islam.

Kalangan netizen anti-Islam itu pada asalnya cuma mempertikaikan hasrat murni pertemuan bagi tujuan dakwah antara pihak Jakim dengan Sajat terutama kewajaran diadakan aktiviti sedemikian berbanding tugas hakikinya.

Memetik portal Menara.my, ia kemudian ‘melarat’ lebih teruk apabila Jakim dikecam dan dituduh beroperasi hasil wang kutipan cukai yang mereka bayar, sambil ‘tidak reda’ ia digunakan bagi usaha dakwah golongan khunsa.

Seorang netizen bernama Edward Hyde pada akaun Facebook tergamak mendesak Jakim dibubarkan kerana konon membazirkan wang milik kerajaan dan pembayar cukai bagi mencampuri urusan kehidupan peribadi orang lain.

Dengan angkuh dia mendakwa usaha dakwah Jakim itu tidak membawa kepada kebaikan kerana golongan yang keliru jantina seperti Sajat sepatutnya diberi kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana pihak sebagai hakim.

Sementara netizen bernama Sam Ng pula menuduh pihak Jakim sedang ‘bazir’ wang sebanyak RM1 bilion kerana menurutnya akan ada banyak lagi siri pertemuan sia-sia dengan Sajat selepas ini disebabkan agensi itu terlalu kaya.

Manakala Kevin Chong yang bekerja di pusat peranginan Genting Highland pula dengan selamba memperlekehkan Jakim sebagai organisasi untuk memeriksa jantina pondan dan menggunakan wang cukai rakyat untuk tujuan itu.

Tidak ketinggalan Joe Sam secara sinis mendesak agar pihak Jakim buka cawangan di bilik bersalin setiap hospital bagi tujuan mengesahkan jantina setiap bayi yang baru dilahirkan kerana konon agensi itu ada bajet amat mewah.


Timbul persoalan adakah netizen berkenaan memang dengki terhadap Jakim atau berniat jahat sehingga terlupa agensi itu ditubuhkan sejajar pengiktirafan Islam sebagai agama Persekutuan termaktub dalam perlembagaan.

Malahan ketua tertinggi agama Islam di negara ini adalah Yang di-Pertuan Agong sendiri serta turut berperanan sebagai ulil amri antara pihak umara dan ulama terutama isu semasa yang melibatkan kepentingan umat Islam.

Untuk rekod, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sewaktu memegang teraju ketua negara pernah meluahkan rasa dukacita terhadap golongan yang berani mempertikaikan fungsi agensi Islam seperti Jakim.

Baginda sebagai pelindung agama Islam negara bahkan berasa murka kerana terdapat pihak yang sengaja memberi gambaran negatif atau memperkecilkan fungsi dan kewujudan pelbagai institusi hal ehwal Islam di Malaysia.

Seri Paduka turut menyelar tindakan mereka itu sebagai keterlaluan dan tidak bertanggungjawab sambil bertitah, kewujudan agensi ini berjaya melaksanakan fungsi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam lebih dihormati.

Berdasarkan gaya komen netizen terbabit, mereka kemungkinan besar merupakan penyokong pembangkang yang jelas diketahui mahu menghapuskan agenda memartabatkan Islam di Malaysia termasuk semua agensi terlibat.

Bahkan ada parti pembangkang terbabit dengan terang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara sekular dan tidak mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan termasuk memperlekehkan undang-undang yang berkaitan syariah.

Mereka juga berhasrat memansuhkan agensi seperti Tabung Haji, badan zakat di setiap negeri, perbankan Islam, universiti aliran Islam, sekolah agama, institusi mufti waima mahkamah syariah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori