• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netflix Beri Amaran Bahaya Cabaran ‘Bird Box’

oleh
04/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASPADA… Sebelum ini tular cabaran ‘Ice Bucket’ dan ‘Tide Pod’. Kini timbul pula satu cabaran popular internet ‘Bird Box’ yang tiru filem popular Netflix, Bird Box dibintangi Sandra Bullock.

Dalam filem tersebut, aktres itu dan anak-anaknya melalui perjalanan ke tempat selamat ketika cuba melarikan diri daripada satu kuasa misteri yang dorong mangsanya untuk bunuh diri jika buka mata dan melihatnya.

Bagi melindungi keselamatan diri mereka, ketiga-tiga watak tersebut dalam karya adaptasi novel dengan tajuk sama itu perlu menutup mata mereka hampir sepanjang filem genre seram berkenaan yang ditayangkan tahun lalu.

Bimbang dengan cabaran ganjil tersebut, pihak Netflix semalam mengeluarkan amaran menerusi kicauan akaun sosial Twitter rasmi mereka yang meminta orang ramai supaya tidak ambil bahagian dalam cabaran ‘Bird Box’.

Ini terutama melibatkan pengguna media sosial memuat naik video dan gambar diri mereka melakukan kegiatan seharian dengan mata mereka ditutup, sama seperti yang dilakukan watak-watak dalam filem tersebut.

“Saya tidak percaya saya perlu mengatakan ini, tetapi: TOLONG JANGAN CEDERAKAN DIRI ANDA DENGAN MELAKUKAN BIRD BOX CHALLENGE,” menurut kicauan syarikat penstriman popular antarabangsa itu.

Ia susulan tular satu rakaman video amatur yang menunjukkan dua kanak-kanak dan bapa mereka menutup mata dengan kain lalu melakonkan semula satu babak dalam filem tersebut. Anak kecilnya akhirnya terlanggar tembok.

Satu lagi video menunjukkan seorang lelaki tutup matanya dengan guna serkup ketika sedang memandu kereta. Beberapa video lain memaparkan pengguna media sosial berjalan dalam rumah dengan mata mereka ditutup kain.

Pengacara rancangan bual bicara popular Good Morning America, Michael Strahan juga sahut cabaran itu waima cara kurang bahaya – cuba pakai lipstik pada pengacara bersama, Sara Haines ketika matanya ditutup dengan kain.

“Kami tidak tahu bagaimana semua ini bermula, dan kami amat menghargai sokongan anda semua, tetapi ‘Boy’ dan ‘Girl’ hanya ada satu harapan bagi 2019, iaitu anda tidak dimasukkan ke hospital akibat memes,” tambah Netflix.

Bird Box, berdasarkan karya sebuah adaptasi novel nukilan Josh Malerman dari tahun 2014 mula disiarkan di seluruh dunia menerusi saluran Netflix sejak 21 Disember tahun lepas.

Menurut kenyataan Netflix, Bird Box merupakan filem yang paling banyak ditonton melalui platformnya dalam tempoh tujuh hari sejak ia dikeluarkan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Bird BoxNetflix
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Teresa Kok Dedahkan Kebaikan Kerajaan BN

Next Post

Tular Alamat Aneh, Gadis Jual Coklat Rawat Leukemia

Related Posts

BoBoiBoy Movie 2 Di Netflix, Dengan Babak Tambahan

19/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Netflix telah memperoleh hak penstriman eksklusif untuk menayangkan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy Movie 2 di rantau...

Cukai Perkhidmatan Digital Bermula 1 Januari 2020

09/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan kini mewajibkan semua penyedia perkhidmatan digital asing untuk berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memudahkan...

Next Post

Tular Alamat Aneh, Gadis Jual Coklat Rawat Leukemia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd