• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BoBoiBoy Movie 2 Di Netflix, Dengan Babak Tambahan

oleh
19/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Netflix telah memperoleh hak penstriman eksklusif untuk menayangkan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy Movie 2 di rantau Asia Tenggara, dengan 7 minit babak tambahan yang belum pernah ditayangkan di pawagam sebelum ini.

Filem daripada Monsta ini telah memecahkan pelbagai rekod selepas ditayangkan secara meluas di lebih 500 pawagam di serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, dan telah menjadi fenomena di kalangan peminat muda dan juga dewasa.

Filem BoBoiBoy Movie2 versi tambahan ini mempunyai durasi tayangan yang lebih panjang iaitu 117 minit berbanding 110 minit untuk versi tayangan pawagam, dan semua pelanggan Netflix di Asia Tenggara akan dapat menontonnya secara eksklusif bermula 1 Jun 2020 dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris.

BoBoiBoy Movie 2 di Netflix juga akan dipaparkan bersama sarikata pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Thai, Bahasa Vietnam, dan juga Bahasa Indonesia untuk satu pengalaman yang lebih imersif.

Menurut Raphael Phang, Pengurus Perolehan Kandungan Netflix Asia Tenggara, “Di Netflix, kami sentiasa percaya bahawa cerita yang hebat boleh dinikmati di mana-mana sahaja, dan oleh itu kami amat gembira dengan kerjasama kami bersama Monsta untuk membawakan BoBoiBoy Movie 2 kepada semua pelanggan kami di Asia Tenggara.

“Dengan jalan cerita hebat dan animasi yang berkualiti tinggi, kami berasa tidak sabar untuk melihat para pelanggan dan seisi keluarga mereka untuk mengikuti pengembaraan BoBoiBoy dan mengalami satu pengalaman yang menakjubkan. Ia adalah satu bentuk hiburan yang boleh dinikmati bersama-sama.”

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Sepanjang 11 tahun penubuhan Monsta, para peminat kami telah berkembang ke merata pelusuk dunia dengan sejumlah besar darinya adalah dari rantau Asia Tenggara,” kata CEO Monsta, Nizam Abd Razak.

“Studio kami sentiasa berusaha agar kandungan animasi kami dapat diakses oleh semua penonton tanpa mengira batasan sempadan. Oleh itu, kerjasama bersama Netflix telah membuka peluang bagi Monsta untuk melebarkan sayapnya ke seluruh rantau ini, dan para penonton akan dapat menikmati BoBoiBoy Movie 2 di dalam keselesaan rumah masing-masing.”

BoBoiBoy Movie 2 mengisahkan tentang BoBoiBoy, seorang superhero elemental yang mengembara bersama rakan-rakannya untuk menewaskan musuh jahat bernama Retak’ka yang nekad untuk merampas kuasa-kuasa BoBoiBoy demi menakluk galaksi.

Dengan gabungan aksi dan komedi serta visual yang mengagumkan, BoBoiBoy Movie 2 telah menawan hati 2.5 juta penonton dengan kutipan sebanyak RM30 juta sepanjang tayangan di pawagam, dan ia merupakan antara filem terlaris dalam sejarah perfileman Malaysia.

Monsta berharap dengan tayangan BoBoiBoy Movie 2 di Netflix bermula 1 Jun ini, penonton-penonton baharu dari serata Asia Tenggara akan dapat merasai sendiri pengalaman unik dan menakjubkan apabila menonton BoBoiBoy Movie 2 versi terulung ini bersama seisi keluarga.

Tags: boboiboy movie 2Netflix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BoBoiBoy Movie 2 Raih Kutipan RM21 Juta

20/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus mencetus fenomena apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM21 juta selepas...

5 Hari Tayangan Boboiboy Movie 2 Kutip RM9.9 Juta

13/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Filem animasi tempatan Boboiboy Movie 2 (BBBM2) berjaya mencatat kutipan sebanyak sebanyak RM9.9 juta selepas lima hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd