Neelofa Sudah Berpurdah

PENGACARA dan pelakon popular Neelofa, 31, mengesahkan dirinya kini sudah berpurdah.

Neelofa berkata, dia memohon semua  pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah. 

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.¬†

Neelofa turut mendoakan seluruh umat Islam agar sentiasa dalam rahmat dan ehsan-Nya.

Terdahulu, penampilan selebriti popular itu yang memuat naik beberapa gambar dia mengenakan purdah atau berniqab mengundang tanda tanya ramai mengenai penampilan terbaharunya itu. 

Ibunya, Datin Noor Kartini turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu diberikan hidayah daripada Ilahi selain turut memuat naik video mereka berdua berpelukan di Instagram. РmyMetro Online

Loading...