• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Berperanan Tukar TIA Kepada 1MDB

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kenyataan pembukaan hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan penting menukar nama syarikat itu yang dahulunya dikenali sebagai Terengganu Investment Authority atau TIA.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mendakwa bekas Perdana Menteri itu juga ‘karektor utama’ dan ada pindaan dibuat dalam artikel syarikat untuk meletakkan Najib sebagai kawalan tunggal berkaitan perniagaan dan hal ehwal syarikat.

“Ini sekaligus bermakna beliau mempunyai kuasa mutlak apatah lagi berjawatan Pengerusi Lembaga Penasihat TIA/1MDB. 

“Najib telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk melakukan tindakan tertentu dan mempengaruhi ahli lembaga pengarah 1MDB untuk melakukan keputusan tertentu. 

“Antaranya berkaitan dengan transaksi serta yang langsung tidak wajar dan juga tergesa-gesa. Ini tidak lebih daripada kepuasan diri sendiri selain mengelak dijejaki daripada pihak berkuasa.

“Najib telah berjaya matlamat tersebut pada masa itu,” dakwa Sri Ram ketika membentangkan kenyataan pembukaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah pada hari pertama perbicaraan berprofil tinggi itu.

Dakwa beliau lagi, Najib juga telah ‘melakonkan wataknya’ secara terperinci mengikut beberapa fasa dengan tujuan untuk menjadi lebih kaya.

Ketika membaca dengan lebih terperinci, Sri Ram juga mendakwa ahli perniagaan yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low itu telah dibawa oleh Najib ke dalam TIA kemudian 1MDB. 

“Pasukan pendakwaan akan membuktikan tertuduh melalui kata-kata dan kelakuannya jelas kepada pegawai 1MDB, lembaga syarikat itu dan lain-lain bahawa Jho Low adalah individu yang dipercayainya,” ujarnya. 

Najib sedang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Perbicaraan akan bersambung esok dihadapan Collin pada jam 9.30 pagi.

Tags: 1MDBgopal sri ramNajib Tun RazakTIA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Politik Berasaskan Kaum Formula Menang PRU15 – KJ

Next Post

Kerajaan Ada Bajet Laksana Program Sarapan Percuma

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Kerajaan Ada Bajet Laksana Program Sarapan Percuma

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd