• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Jalan Raya Semakin Buruk Di Seluruh Dunia

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA, Switzerland – Kemalangan jalan raya membunuh seseorang setiap 24 saat dengan keseluruhan 1.35 juta kematian trafik direkodkan di seluruh dunia pada setiap tahun, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam sekali gus menuntut usaha global bagi menangani krisis tersebut.

WHO berkata, angka korban tahunan melambung kepada kira-kira 100,000 orang dalam tempoh hanya tiga tahun, manakala kemalangan jalan raya kini pembunuh utama kanak-kanak dan belia berusia antara lima tahun hingga 29 tahun.

“Kematian ini adalah harga yang tidak patut dibayar untuk pergerakan manusia.

“Tiada alasan untuk tidak bertindak,” kata ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Laporan Status Global Keselamatan Jalan Raya WHO yang diterbit berdasarkan data dari tahun 2016 menunjukkan situasi menjadi semakin teruk.

Dalam laporan terakhirnya, berdasarkan data dari tahun 2013, bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya dianggarkan seramai 1.25 juta orang setahun.

Menurut WHO, korban kemalangan di Benua Afrika agak tinggi merangkumi 26.6 kematian trafik setiap tahun untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 9.3 kematian di Eropah, rantau yang mencatatkan kadar kematian trafik paling rendah di dunia.

Laporan WHO yang diterbitkan semalam itu turut me–nunjukkan sikap tidak peduli pemilik kenderaan terhadap golongan paling lemah di jalan raya dengan lebih separuh daripada mereka yang terkorban dalam nahas trafik merupakan sama ada pejalan kaki atau penunggang dan pembonceng kenderaan dua roda seperti motosikal serta basikal.

Pejalan kaki dan penunggang basikal merangkumi 26 peratus daripada keseluruhan kematian trafik, manakala angka tersebut mencecah 44 peratus di Afrika.

Sementara itu, penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan 28 peratus daripada keseluruhan korban di jalan raya tetapi angka itu melonjak kepada 43 peratus di Asia Tenggara, demikian menurut laporan WHO. – AFP/BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: nahaswho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tengku Permaisuri Selangor Sertai Larian

Next Post

Usul AS Bela Israel Di PBB Gagal

Related Posts

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

25/05/2025
0

IPOH - Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada...

Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah, Rempuh Dua Motosikal

Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah, Rempuh Dua Motosikal

11/03/2025
0

SEREMBAN: Belum lagi reda nahas motosikal dirempuh kereta yang melanggar lampu isyarat merah di daerah ini, satu lagi kejadian hampir...

Next Post

Usul AS Bela Israel Di PBB Gagal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd