• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronaldo Nafi Palsu Dokumen Cukai Pendapatan

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDAKWA raya Sepanyol baru-baru ini membuat dakwaan bahawa bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo terlibat dalam pemalsuan cukai pendapatan miliknya.

Pejabat pendakwa raya mendedahkan pihaknya sudah pun memfailkan tindakan undang-undang terhadap pemain kebangsaan Portugal itu.

Cristiano didakwa telah mengelak membayar cukai sebanyak £13 juta (RM70.6 juta) bermula dari tahun 2011 hingga 2014.

Walau bagaimanapun, jurucakap Cristiano menafikan dakwaan yang telah dilemparkan terhadap atlet berusia 32 tahun itu.

“Cristiano tidak pernah culas membayar cukai pendapatan dan dia tidak pernah mengelak daripada membayarnya,” kata pihak pengurusannya.

Pihak pengurusannya juga percaya Cristiano tidak pernah memalsukan mana-mana dokumen berkaitan bagi tujuan untuk mengelak membayar cukai.

Malah Cristiano juga dilaporkan sebelum ini berkata yang dia tidak takut sekiranya disiasat oleh pihak berkuasa kerana tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang dituduh.

Dalam kes ini, Cristiano didakwa telah menyembunyikan wang hasil pendapatannya dengan memasukkannya ke dalam sebuah syarikat yang tidak didaftarkan ke atas namanya.

Mengikut rekod Forbes, Cristiano merupakan pemain bola sepak yang mengumpul pendapatan paling tinggi sejak dua tahun lalu.

Tahun lalu sahaja, kekasih Georgina Rodriquez ini dicatatkan mempunyai aset sebanyak £72 juta (RM391 juta) yang diperoleh menerusi gaji, bonus dan pendapatan sampingan sebagai model dan duta produk. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cristiano RonaldoCukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd