• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Gambarkan Anwar Tamak Kepada Kuasa

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Khas Presiden PKR, R. Suresh Kumar menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menerusi wawancara bersama Nikkei Asian Review memberikan gambaran bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang tamak kepada kuasa.

Menurutnya, meskipun wawancara itu tidak memetik nama Ahli Parlimen Port Dickson, namun kenyataan berkenaan dipercayai menyasarkan serangan terhadap Anwar.

Sehubungan itu, Suresh Kumar meminta agar Mukhriz menghormati permuafakatan dalam Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam mengeluarkan kenyataan pada masa akan datang.

“Kami warga PKR sangat sedih dan terkejut dengan wawancara Mukhriz yang berkata bahawa dia tidak bercita-cita tinggi seperti individu lain yang sudah menetapkan tekad untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Walaupun Mukhriz tidak menyebut nama Anwar, namun secara umum wawancara itu memberi perspektif bahawa Anwar semakin tamak untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya yang dipetik menerusi laporan portal berita Malaysiakini hari ini.

Suresh Kumar menambah, pendapat peribadi Ahli Parlimen Jerlun yang menganggap dirinya tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri akan dihormati namun, beliau tidak perlu memperkecilkan orang lain.

“Anwar tidak pernah tamak atau menetapkan tekad untuk menjadi Perdana Menteri. Ia adalah satu keputusan diambil oleh PH sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 ( PRU-12) yang lalu.

“Kalau Anwar tamak kuasa, saya percaya Anwar boleh mengambil peluang selepas jawatan Perdana Menteri ditawarkan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tags: Anwar IbrahimBERSATUMukhriz MahathirPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Azmin PM Ke-8, Mohon Mahathir Tolak Anwar”

Next Post

Beri Peluang Kepada Najib Bantu BN – Tok Mat

Related Posts

Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat

Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat

14/07/2025
0

PUTRAJAYA: Isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dijangka selesai dalam tempoh terdekat. Perkara itu antara dibincangkan dalam...

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR - ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana...

Next Post

Beri Peluang Kepada Najib Bantu BN - Tok Mat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd