• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muka Jadi ‘Hancur’ Kerana Nak Cantik

oleh Ahmad Albab
11/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA mahu cantik, dua wanita terpaksa hidup dengan muka yang pelik selama 10 tahun, selepas prosedur ‘kecantikan’ yang dilakukan pada 2008, telah merosakkan wajah mereka.

Alvinia Bermoy Bernadez, 28, dan Maui Cababao, 30, yang merupakan kawan baik, telah melakukan prosedur menyuntik muka dan dagu dengan jeli petroleum di sebuah klinik di Cabadbaran, Filipina.

Selepas tiga minggu melakukan suntikan terbabit, wajah mereka membengkak namun doktor gagal membantu. Beberapa pembedahan telah dijalankan tetapi kesan prosedur itu tetap ada.

Akibatnya mereka dikecam ramai hingga ada yang menggelar kedua-duanya sebagai anjing.

Menurut Alvinia, mereka kini terdesak untuk membaiki semula wajah mereka bagi menjalani kehidupan normal semula.

“10 tahun lalu, ada seorang gadis dari kampung ini telah menjalani suntikan itu dan dia menggalakkan kami mencubanya. Dia janji bahawa kami akan cantik sepertinya.

“Namun selepas disuntik, wajah saya seperti terbakar dan sakit. Bila cuaca panas, muka kami lagi bengkak. Beberapa pembedahan telah dijalankan dengan yang terakhir adalah pada tahun lepas,” katanya.

Mereka kini hidup tertekan dan takut untuk keluar rumah kerana sering diejek.

“Saya jarang keluar rumah kerana saya malu dengan orang ramai. Wajah saya telah berubah. Saya tahu kami ada harapan tapi kami selalu dilukai,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kecantikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebihan 20,000 Undi Disyaki Kes ‘Hantu’ Di Kubang Kerian

Next Post

Lelaki Myanmar Maut Dibunuh Rakan Senegara

Related Posts

Jamsu: Trend K-Beauty Terbaru Cetus Fenomena Di Internet

18/01/2018
0

KOREA Selatan telah memperkenalkan dunia dengan trend-trend kecantikan yang unik dan efektif seperti bedak kompak BB cushion, masker muka kertas dan juga penjagaan...

5 Alternatif Untuk Mekap Premium Yang Netizen Puji Melangit!

18/01/2018
0

Wanita memang semulajadi hebat kerana mampu mempelbagaikan pilihannya meskipun mempunyai sumber yang terhad. Sebagai contoh, walaupun teringin untuk berhias mengikut...

Next Post

Lelaki Myanmar Maut Dibunuh Rakan Senegara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd