• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Hadiri Taklimat Ekonomi, COVID-19

oleh
03/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini memulakan tugas hari kedua di pejabat dengan mendengar taklimat mengenai keadaan ekonomi dan status terkini wabak COVID-19.

Bermula seawal 9.15 pagi, Muhyiddin diberikan taklimat kira-kira dua jam berkenaan kedudukan ekonomi dan fiskal negara di Pejabat Perdana Menteri.

Hadir dalam taklimat itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir; Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen; Ketua Ekonomi, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Dr. V Sivabalasingam dan Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican.

Selepas itu, Muhyiddin diberi taklimat mengenai status COVID-19.

Selain Mohd Zuki, taklimat turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah; Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri M Shahrul Ikram Yaakob; dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.

Petang ini, Muhyiddin dijadual mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 1 Mac lalu.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tags: Covid-19EkonomiMuhyiddin YassinPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahmad Faizal Dipanggil Menghadap Sultan Perak

Next Post

Tiada Arahan Jauhi Kawasan Pantai, Bangsar – Noor Hisham

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Tiada Arahan Jauhi Kawasan Pantai, Bangsar - Noor Hisham

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd