• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Ada Majoriti Di Dewan Rakyat – Najib

oleh
03/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan keyakinannya hari ini bahawa bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempunyai majoriti di Dewan Rakyat untuk memperoleh undi percaya.

“Kami percaya kami mempunyai angka, tetapi saya fikir fokus sekarang adalah memastikan ekonomi berada dalam keadaan baik dan untuk memulihkan keyakinan,” katanya ketika ditemui di luar di mahkamah.

Beliau menambah Muhyiddin harus diberi peluang untuk menyempurnakan tugasnya sebagai perdana menteri.

“Kita semua harus memberinya peluang untuk melaksanakan dan menyempurnakan tugas.

“Saya tahu tanggungjawabnya sangat besar dan cabarannya amat berat,” katanya ketika ditanya mengenai ucapan sulung Muhyiddin, malam tadi.

Muhyiddin meminta rakyat memberi sokongan penuh dalam melaksanakan “tanggungjawab berat” itu. Beliau juga berkata kerajaannya akan terus memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan berjanji untuk memperbaiki sistem penjagaan kesihatan negara.

Muhyiddin dinamakan perdana menteri selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menemubual semua 222 ahli Parlimen dan berunding dengan pemimpin parti.

Bekas perdana menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan, yang kini bergelar pembangkang, akan menggesa persidangan Dewan Rakyat dipercepatkan bagi menentukan siapa yang mempunyai majoriti.

Mahathir mempertikai Muhyiddin mendapat sokongan penuh dari semua ahli Parlimen PPBM, kerana 6 wakil, termasuk dirinya dan anaknya Mukhriz Mahathir, tidak menyokong Muhyiddin. – FMT

Tags: Dewan RakyatMuhyiddin YassinNajib Tun RazakPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

PMX Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-101 Buat Tun Dr Mahathir

PMX Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-101 Buat Tun Dr Mahathir

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd